IPOH: Seorang pelajar lelaki disahkan meninggal dunia pada Khamis selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kuala Kangsar dekat sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata mangsa, Aris Iskandar Ramli,17, disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, pada jam 12.30 tengah hari.
Sementara pembonceng, Muhammad Adam Aiman Hishammudin, 17, masih dirawat di hospital sama selepas mengalami kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan.
Katanya, terdahulu pihak polis menerima maklumat berkenaan kejadian itu kira-kira pada jam 1.15 tengah hari pada Rabu.
“Siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kenderaan lain dipercayai sebuah lori.
“Ia melibatkan dua remaja yang dipercayai ketika itu dalam perjalanan pulang dari sebuah sekolah di sini menuju ke rumah masing-masing.
“Setibanya mereka di lokasi kejadian, ketika motosikal sedang melalui bahu kiri jalan, ia dipercayai telah bergesel dengan sebuah lori. Ia menyebabkan motosikal berkenaan hilang kawalan sebelum jatuh ke tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dekat sini pada hari yang sama untuk mendapatkan rawatan susulan.
Tambah Yahaya lagi, pihak polis kini sedang mengenal pasti saki-baki saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
“Usaha mengesan lori yang disyaki terlibat masih giat dijalankan sehingga kini. Punca kejadian dan kematian masih dalam siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.
Dalam pada itu beliau turut menafikan dakwaan yang menyebut mangsa maut adalah pelajar di sebuah Sekolah Pendidikan Khas seperti yang tular di media sosial.
Terdahulu, tular di media sosial mendakwa berlaku kemalangan maut dipercayai kejadian langgar lari membabitkan sebuah motosikal dengan lori di Jalan Kuala Kangsar, berhampiran dengan Bangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak.
Amirrul Rabbani
Thu Jun 23 2022
![Langgar lari: Pelajar maut selepas motosikal bergesel dengan lori Langgar lari: Pelajar maut selepas motosikal bergesel dengan lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650192192_MotorsikalKemalangan.jpg)
Seorang pelajar lelaki disahkan meninggal dunia pada Khamis selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kuala Kangsar dekat sini, pada Rabu. - Gambar hiasan
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Banjir: Lebih 2,000 pelajar di Terengganu diberi cuti bencana Banjir: Lebih 2,000 pelajar di Terengganu diberi cuti bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732880459_TBbanjrkualaberang.jpg)
Banjir: Lebih 2,000 pelajar di Terengganu diberi cuti bencana
Sebanyak 109 buah sekolah dijadikan PPS, dengan daerah Besut mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 31 buah.
![Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732531851_tbpelajarsekolah.jpg)
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini.
![Kes ponteng, buli di sekolah di Jepun catat rekod tertinggi Kes ponteng, buli di sekolah di Jepun catat rekod tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730436937_gaduh.jpg)
Kes ponteng, buli di sekolah di Jepun catat rekod tertinggi
Seramai 346,482 pelajar sekolah rendah dan menengah di Jepun diklasifikasikan sebagai ponteng pada 2023, mencatatkan peningkatan tahunan selama sebelas tahun berturut-turut.
![Budak 9 tahun maut dilanggar ketika melintas jalan Budak 9 tahun maut dilanggar ketika melintas jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729830506_tbkanakkanakmaut.jpg)
Budak 9 tahun maut dilanggar ketika melintas jalan
Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, Kampung Belimbing di sini pada Khamis.
![779 kes kemalangan maut babitkan pelajar sekolah - Pengarah JSPT 779 kes kemalangan maut babitkan pelajar sekolah - Pengarah JSPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/51444563784_MotorsikalKemalangan.jpg)
779 kes kemalangan maut babitkan pelajar sekolah - Pengarah JSPT
Sebanyak 779 kes kemalangan maut membabitkan pelajar sekolah direkodkan di seluruh negara sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.
![Kes kemalangan pelajar meningkat di Perak Kes kemalangan pelajar meningkat di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727693114_AziziMatAris.jpg)
Kes kemalangan pelajar meningkat di Perak
Sebanyak 622 kemalangan jalan raya melibatkan pelajar sekolah direkodkan sehingga Ogos lepas, meningkat 20 kes berbanding yang dicatat bagi tempoh sama tahun sebelumnya di negeri ini.
![China pastikan 2 jam aktiviti fizikal harian untuk pelajar sekolah rendah, menengah rendah China pastikan 2 jam aktiviti fizikal harian untuk pelajar sekolah rendah, menengah rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727397553_gambarhiasan.jpg)
China pastikan 2 jam aktiviti fizikal harian untuk pelajar sekolah rendah, menengah rendah
Langkah ini bertujuan menyelesaikan masalah penglihatan dan berat badan dengan memastikan pelajar mendapat pendedahan cahaya matahari yang mencukupi.
![Polis kesan pemandu kereta langgar lari pelajar sekolah Polis kesan pemandu kereta langgar lari pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725587863_langgarlaripelajar.jpg)
Polis kesan pemandu kereta langgar lari pelajar sekolah
Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan polis.
![Pelajar teruja dapat peluang beraksi pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 Pelajar teruja dapat peluang beraksi pada sambutan Hari Kebangsaan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51725079687_TBHariKebangsaan.jpg)
Pelajar teruja dapat peluang beraksi pada sambutan Hari Kebangsaan 2024
Peluang menyertai persembahan Hari Kebangsaan 2024 menjadi pengalaman istimewa buat pelajar tingkatan empat Ong Zhen Ming walaupun perlu berlatih selama lima minggu.
![Perahu karam: Mayat mangsa ketiga ditemukan Perahu karam: Mayat mangsa ketiga ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724285101_botkaram.jpg)
Perahu karam: Mayat mangsa ketiga ditemukan
Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan masih dalam berpakaian seragam sekolah.