KOTA KINABALU: Berlanggar bahu ketika beratur selepas tamat waktu bekerja didakwa punca pergaduhan antara dua pekerja lelaki sekali gus mencetuskan rusuhan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Timur di sini pada Isnin.
Susulan kejadian itu, seramai sembilan lelaki terdiri daripada empat warga tempatan dan lima warga asing ditahan kira-kira jam 3.30 pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu pada jam 10.22 malam Isnin.
Menurut Mohd Zaidi, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin pengadu menyatakan bahawa dia telah ditumbuk oleh seorang suspek lelaki warga asing dan kemudian berlaku pergaduhan antara kedua-duanya.
"Pergaduhan itu membabitkan pekerja kilang dipercayai berpunca daripada salah seorang pekerja asing yang didakwa melanggar bahu seorang lagi pekerja tempatan ketika beratur untuk mendaftar keluar menggunakan cap jari selepas tamat waktu bekerja.
"Namun ia langsung tidak diendahkan dan kemudian seorang lagi pekerja warga asing tiba-tiba menjerit dan menuding jari ke arah pekerja tempatan terbabit sebelum mengajaknya keluar untuk bergaduh di luar kawasan kilang sambil memegang sebatang kayu.
"Pekerja tempatan itu sekali lagi tidak mengendahkan ajakan tersebut namun sebaik berada di luar kilang, mangsa tiba-tiba ditumbuk dari belakang dan kejadian itu menyebabkan berlakunya pergelutan seterusnya bertukar menjadi huru-hara apabila disertai lebih ramai individu daripada kedua-dua pihak," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohd Zaidi berkata lagi, pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan dan pekerja kilang yang lain.
"Pengadu mengalami kecederaan ringan pada kedua-dua belah lutut dan semua suspek turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.
Sebelum itu, tular di media sosial berhubung satu video berdurasi 50 saat yang memaparkan pergaduhan antara dua kumpulan di luar kawasan sebuah kilang di Kota Kinabalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 27 2024

Tangkap layar memaparkan pergaduhan antara dua kumpulan di kawasan luar sebuah kilang di Kota Kinabalu. - Gambar/ Media sosial

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Patut pemandu Honda kuning lari, rupanya pengedar dadah
Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.

Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.

Polis kesan suami tampar isteri
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.