JOHOR BAHRU:Lambakan bekalan makanan sebanyak lebih 2,000 pek sehari untuk golongan gelandangan didapati berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di bandar raya ini.
Ini susulan agihan yang tidak sistematik, terutama melibatkan bantuan yang dihulurkan golongan badan bukan kerajaan (NGO).
Angka lambakan diperoleh melalui rekod Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) negeri berkenaan.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Zaiton Ismail menggesa NGO di negeri ini supaya memaklumkan lebih awal sebelum melakukan misi bantuan makanan kepada gelandangan.
Langkah itu bertujuan memastikan pengagihan makanan lebih berstruktur dan tersusun bagi mengelak pembaziran.
"Kita menggalakkan NGO membuat permohonan tiga hari lebih awal bagi memudahkan urusan mereka dan urusan kita untuk mengatur.
"Ini sebab, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan PBSM akan menyusun atur jadual pengagihan makanan bagi mengelakkan lambakan dan lebihan makanan," katanya.
Beliau berkata, kira-kira 40 peratus gelandangan di Johor kini dikenal pasti, melibatkan 237 gelandangan, 77 daripadanya tidak memiliki rumah dan selebihnya menyewa bilik atau mempunyai kediaman sendiri.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan, bermula hari ini lebihan bekalan makanan akan diedarkan di kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berdekatan untuk mengelakkan pembaziran makanan.
Setakat ini, kerajaan negeri Johor menjadikan kawasan Laman Tun Seri Lanang sebagai pusat NGO melakukan aktiviti pengagihan makanan kepada gelandangan supaya dilihat lebih tersusun dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
BACA: Kerajaan tidak sekat NGO bantu mangsa banjir - Ismail Sabri
BACA: COVID-19: Kluster misi bantuan banjir dikenal pasti - KKM
BACA: Penduduk di kawasan PKP di Sarawak akan terima bantuan makanan Rabu ini
Terdahulu, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, NGO disyarat mendaftar dengan JKM negeri masing masing jika mahu menyerahkan bantuan makanan kepada gelandangan, atau mana-mana pihak, susulan penularan COVID-19.
Pada 11 Jan lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP 2.0 di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah, untuk tempoh 14 hari bermula 13 Jan hingga 26 Jan.
Ia kemudiannya dilanjutkan hingga 4 Feb ini, dengan turut melibatkan tambahan satu negeri lagi iaitu Kelantan.
Ernalisa Othman
Wed Jan 27 2021

NGO di Johor digesa memaklumkan lebih awal kepada JKM sebelum melakukan misi bantuan makanan kepada gelandangan. - Foto Astro AWANI

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Jabatan Perikanan Perak tekad perangi populasi ikan asing
Jabatan Perikanan Perak terus komited memerangi populasi spesies ikan asing yang merupakan ancaman besar kepada ekosistem sungai di negeri ini, kata Pengarahnya Mohd Ghazali Abd Manap.

Lumpuh akibat dihempap bas, bekas mekanik kini ubah suai kerusi roda untuk OKU
Mohd Rosdi Osman, 61, kini terpaksa bergantung sepenuhnya pada kerusi roda untuk melakukan rutin harian.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.

Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.

Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.

Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.

Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY
Kejohanan Golf Amal yang dianjurkan Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Tropicana Golf & Country Resort.

Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.