Kesulitan itu dipercayai terjadi berikutan orang ramai di seluruh negara membuat semakan di laman berkenaan secara serentak untuk mengetahui maklumat pengundian dan daftar pemilih.
Ketika ramai yang teruja untuk mendapatkan maklumat keputusan yang sah, beberapa pengguna aplikasi X membuat hantaran yang menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengakses laman web serta aplikasi SPR.

Pada masa sama, pengguna boleh juga mengikuti maklumat terkini mengenai keputusan tidak rasmi dan rasmi di laman web pru.astroawani.com, selain di aplikasi, media sosial, mahupun mengikuti siaran langsung di Astro AWANI.