ISKANDAR PUTERI: Pelaksanaan laluan kontra dari Malaysia menghala ke Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, akan bermula seawal minggu depan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pelaksanaan itu, akan menambah jumlah kaunter terlibat daripada 24 kepada 36 kaunter, sekali gus membantu penyuraian trafik di laluan darat antara kedua-dua negara melalui Linkedua.
"Di KSAB terdapat 24 kaunter keluar (menuju Singapura) dan 24 kaunter masuk (menuju Malaysia). Apabila kita aktifkan laluan kontra bermaksud, kita menambah 12 lagi laluan keluar menjadikan keseluruhan 36 kaunter iaitu pertambahan sebanyak 50 peratus. Ini antara cadangan yang dilontarkan pihak kerajaan Johor ketika waktu puncak, bagi memudahkan perjalanan dan juga mengurangkan kesesakan.
"Waktu puncak laluan kontra kaunter keluar ialah hari Ahad, bila rakyat Singapura mahu pulang ke negara mereka, berbeza dengan waktu puncak kaunter masuk iaitu hari Jumaat atau Sabtu. Oleh itu, pelaksanaan laluan kontra ini tidak menjadi masalah," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di CIQ KSAB di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Berhubung perkhidmatan sistem kawalan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) dan Caj Jalan (RC) di laluan kontra berkenaan, Loke berkata pelaksanaan secara mobil akan diguna pakai buat jangka masa pendek, sebelum perkhidmatan kekal mula beroperasi selewat-lewatnya akhir penggal keempat tahun ini.
"VEP dan RC sangat penting untuk menyimpan data kenderaan keluar negara melalui laluan berdaftar. Jadi kaedah mobil cara terbaik untuk kita selesaikan isu ini, kerana buat masa ini laluan kontra keluar tidak lagi mempunyai sistem kekal.
"Apa yang diperlukan bagi pelaksanaan laluan kontra tersebut ialah kelulusan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT), jawapannya, kita benarkan dengan syarat isu teknikal selesai (kaedah mobil di laluan kontra keluar)," katanya.
Sementara itu, Mohamad Fazli berkata kerajaan negeri berterima kasih kepada MOT kerana membenarkan pelaksanaan laluan kontra keluar dilaksana di KSAB.
"Alhamdulillah, menteri telah memberi komitmen untuk inisiatif ini dengan adanya kaedah mobil. Jadi 12 kaunter bertentangan boleh digunakan sebagai tambahan kepada 24 kaunter sedia ada. Harapan saya inisiatif ini akan dapat melancarkan lagi aliran trafik di Linkedua ini.
"Dahulu Linkedua ini kebanyakannya digunakan kenderaan lori tetapi selepas COVID-19 dan peningkatan kecekapan perkhidmatan di sini, maka makin ramai pengguna termasuk motosikal mula menggunakan laluan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (depan, kanan) meninjau keadaan semasa di Kompleks Sultan Abu Bakar pada lawatan kerjanya hari ini. - Foto BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Laluan kontra Malaysia ke Singapura di KSAB bermula minggu depan
Pelaksanaan laluan kontra dari Malaysia menghala ke Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), akan bermula seawal minggu depan.

Johor beri perhatian projek sedia ada di CIQ BSI dan KSAB
Kerajaan Johor akan terus memberikan perhatian kepada beberapa projek sedia ada di kedua-dua CIQ KSAB dan BSI.

Laluan arah timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan
Penutupan jalan itu bagi membolehkan kerja peningkatan aras laluan utama dijalankan, dalam pelaksanaan projek tebatan banjir.

Johor saran laluan kontra diaktifkan atasi kesesakan CIQ BSI
Onn Hafiz berkata perkara itu bagi membantu mengurangkan kesesakan di pintu sempadan negara, bagi laluan darat antara Malaysia dan Singapura.

ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1
ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat di Temerloh dekat sini, hari ini.

Jalan mendap, LPT1 aktifkan laluan kontra
Laluan kontra dari Kilometer (KM) 116.5 hingga 119.4 arah barat Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) telah diaktifkan susulan kejadian jalan mendap di KM 118.2 - KM117.8 arah barat (Lanchang) pada Ahad.

Tanah mendap: ANIH aktifkan laluan kontra ke Kuala Lumpur
Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ANIH Berhad mengaktifkan laluan kontra di lokasi tanah mendap yang berlaku sebelum ini, bermula 10 pagi tadi.

DBKL laksana laluan kontra di Jalan Ampang, Jalan Maharajalela mulai Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan dua laluan kontra di Jalan Ampang dan Jalan Maharajalela di Kuala Lumpur, mulai Julai ini.

Johor saran laluan kontra diaktifkan atasi kesesakan luar biasa CIQ BSI, KSAB
Kesesakan luar biasa sejak Khamis lepas itu berlaku susulan musim cuti sekolah, cuti umum dan cuti hujung minggu.

Rapid Bus, DBKL lancar laluan kontra di Koridor Ampang mulai 3 Julai
Rapid Bus dengan kerjasama DBKL melancarkan laluan kontra di Koridor Ampang melibatkan laluan di Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak mulai 3 Julai ini.