KUANTAN: Laluan kontra dari Kilometer (KM) 116.5 hingga 119.4 arah barat Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) telah diaktifkan susulan kejadian jalan mendap di KM 118.2 - KM117.8 arah barat (Lanchang) pada Ahad.
Anih Berhad melalui Facebook rasminya memaklumkan, lorong kiri dan kecemasan di sepanjang laluan terbabit kini ditutup susulan kejadian terbabit.
Menurut pengendali lebuh raya itu, kejadian jalan mendap terbabit dikesan awal pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Bagaimanapun pihaknya memaklumkan keadaan trafik lancar di lokasi terbabit, namun pemandu dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mematuhi papan tanda serta arahan petugas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023

Anih Berhad memaklumkan, lorong kiri dan kecemasan di sepanjang laluan terbabit kini ditutup susulan kejadian terbabit. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Cikgu sekolah memandu maut nahas di LPT
Mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Lima cedera, nahas empat kenderaan di LPT1
Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga, Honda City, Perodua Alza dan sebuah motosikal.

Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.

Empat lelaki tular buat aksi "Superman" ditahan
Tiga pelajar institusi pengajian tinggi dan seorang pelajar sekolah yang disyaki menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Ahmad Shah Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) ditahan hari ini.

Polis siasat video aksi "Superman" sekumpulan penunggang motosikal di LPT 1
Polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya "superman" sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Laluan arah timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan
Penutupan jalan itu bagi membolehkan kerja peningkatan aras laluan utama dijalankan, dalam pelaksanaan projek tebatan banjir.

Dua penunggang maut nahas lima kenderaan di LPT1
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera.

Jalan mendap: LPT1 arah barat dibuka semula
Laluan LPT1 di Kilometer (KM)117.8 hingga KM117.9 arah barat akan dibuka semula kepada pengguna selewat-lewatnya pada jam 6 petang Khamis.

ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1
ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat di Temerloh dekat sini, hari ini.

Jalan mendap, LPT1 aktifkan laluan kontra
Laluan kontra dari Kilometer (KM) 116.5 hingga 119.4 arah barat Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) telah diaktifkan susulan kejadian jalan mendap di KM 118.2 - KM117.8 arah barat (Lanchang) pada Ahad.