PUTRAJAYA: Hanya kanak-kanak yang lahir di luar negara berbapakan warganegara Malaysia berhak mendapat kerakyatan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, demikian putus Mahkamah Rayuan.
Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata demikian dalam alasan penghakiman bertulisnya bagi keputusan majoriti 2-1 pada Jumaat lepas yang memutuskan bahawa kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia.
Beliau berkata perkataan 'bapa' dalam Seksyen 1(b) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan merujuk hanya kepada bapa serta tidak termasuk ibu dan ini bermakna ia menghalang ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing mewariskan status kerakyatan kepada anak yang dilahirkan di luar negara.
Katanya adalah menjadi hasrat penggubal Perlembagaan Persekutuan bahawa kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang bagi kanak-kanak yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia harus mengikut status bapa.
"Pada pandangan saya, mahkamah tidak sepatutnya mempertikai kenapa undang-undang itu digubal atau sama ada Parlimen telah mengambil memutuskan untuk menggubal undang-undang itu namun tugas mahkamah ialah mentafsir undang-undang yang digubal dengan sewajarnya," katanya.
Kamaludin berkata remedi bagi ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing untuk mendapatkan status kerakyatan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara diperuntuk di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata aduan para ibu bukanlah terhadap undang-undang sedia ada iaitu Perkara 15 (2) yang memperuntuk remedi kepada mereka untuk memohon status kerakyatan bagi anak mereka sebaliknya adalah terhadap pihak berkuasa yang meluluskan atau sistem yang digunakan ketika ini.
"Sistem itu boleh diperbaiki atau diubah. Saya setuju isu ini perlu ditangani oleh pihak berkuasa yang berkenaan," katanya.
Beliau juga berpandangan bahawa Mahkamah Tinggi sedang menulis semula undang-undang berkaitan pemberian status kerakyatan kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia ia mengguna pakai undang-undang sedia ada dan dasar yang telah berkuat kuasa untuk mencari remedi kepada aduan para ibu dengan mentafsirkan bahawa perkataan 'bapa' juga boleh merujuk kepada ibu.
Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang.
Kamaludin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kanak-kanak lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan Malaysia manakala Hakim Datuk S. Nantha Balan menentang.
Rayuan itu membabitkan Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.
Mereka memohon mahkamah mengeluarkan perintah agar semua agensi kerajaan termasuk JPN, Jabatan Imigresen dan Kedutaan Malaysia mengeluarkan dokumen berkaitan kerakyatan (seperti pasport dan kad pengenalan) kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.
Pada hari sama, panel itu turut menolak rayuan seorang wanita berumur 24 tahun iaitu Mahisha Sulaiha Abdul Majeed terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2020 yang menolak samannya untuk mendapatkan satu deklarasi bahawa beliau berhak menjadi rakyat Malaysia.
Dalam alasan penghakimannya, Kamaludin berkata proses Parlimen adalah cara yang lebih baik untuk menyelesaikan isu membabitkan persoalan kontroversial dan rumit yang dicetuskan oleh dilema moral serta sosial.
Beliau juga berkata Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 1(b) Bahagian II Perlembagaan Persekutuan tidak melakukan diskriminasi jantina terhadap wanita.
Dalam penghakiman minoriti yang memihak kepada para ibu terbabit, Nantha Balan berkata adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk mengatakan bahawa tidak ada diskriminasi terhadap ibu warganegara Malaysia yang tidak dapat mewariskan kerakyatannya kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
![Lahir luar negara: Hanya anak berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia Lahir luar negara: Hanya anak berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660231580_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Kamaludin berkata remedi bagi ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing untuk mendapatkan status kerakyatan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara diperuntuk di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan. - Gambar hiasan
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Lahir luar negara: Hanya anak berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia Lahir luar negara: Hanya anak berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660231580_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Lahir luar negara: Hanya anak berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia
Hanya kanak-kanak yang lahir di luar negara berbapakan warganegara Malaysia berhak mendapat kerakyatan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, demikian putus Mahkamah Rayuan.