Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 10 Julai untuk perbicaraan kes saman bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap TV3 berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Perkara itu dimaklumkan peguam Lim Qi Shi kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail yang turut dihadiri peguam Shahid Adli Kamarudin, mewakili Anwar.
Lim mewakili TV3 dan dua defendan lain iaitu Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd Datuk Shaharudin Abd Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama Ing Boon Seng.
Lim berkata mahkamah menetapkan 10 hingga 13 Julai untuk perbicaraan dan 15 Jun bagi pengurusan kes dan kedua-dua pihak juga perlu memfailkan pernyataan saksi mereka untuk digunakan dalam perbicaraan sebelum atau pada 15 Jun.
Pada 8 Mac 2013, Anwar memfailkan saman dengan mendakwa Utusan Melayu (M) Bhd menyiarkan artikel di muka hadapannya bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan artikel di muka surat sembilan bertajuk 'Tiga kumpulan menjadi dalang' bertarikh 2 Mac 2013.
Dalam pernyataan tuntutannya, bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa TV3, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Melayu.
Pada 5 Okt 2016, Anwar berjaya menyelesaikan kes saman itu terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman itu. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2017
Dalam pernyataan tuntutannya, bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa TV3, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu. - Gambar fail
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Langkah Dubai: 'Saya tahu, tapi tak boleh 'habaq' - Sanusi
Cakap-cakap politik berkait spekulasi 'Langkah Dubai' hari ini masih lagi kedengaran biar pun tiada sebarang bukti signifikan.
Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pentas PBB: Ucapan PM berani, tegas, berpijak pada realiti semasa - Reezal Merican
Pendirian yang ditunjukkan PM adalah jalan yang paling wajar dengan membuktikan tiada hipokrasi.
Ucapan sulung PM sentuh segala isu mustahak dunia - Syed Hamid
Isu-isu sensitif tetapi perlu disentuh seperti di Afghanistan, mencerminkan bahawa pendirian Malaysia adalah amat jelas sekali.
PM selesai jalani pembedahan kecil gigi
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perkongsian di laman Facebook memaklumkan beliau kini berada dalam pemantauan pihak hospital sehingga esok.
Malaysia bakal tarik lebih banyak syarikat automotif China
Sektor automotif juga perlu memastikan ekosistemnya memenuhi matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) PBB.
PM mahu kesatuan rakyat ditingkatkan sempena Aidilfitri
Beliau turut mengucapkan salam Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia.
LHDN layak siasat individu, syarikat elak bayar cukai - PM
Perdana Menteri menegaskan, selagi beliau diberikan amanah memimpin negara, beliau akan pastikan setiap individu patuh kepada undang-undang.
Malaysia-UAE sepakat tingkatkan kerjasama pelbagai bidang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap akan dapat mengadakan lawatan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam masa terdekat.
PM bertemu Erdogan, zahir solidariti Malaysia kepada Turkiye
Beliau dalam masa turut menyeru agar semua mendoakan peristiwa duka itu segera berlalu dan Turkiye kembali pulih.