Ringkasan AI
- MCMC akan menurunkan lagu parodi berkait GISB Holdings hanya jika menerima arahan daripada pihak polis.
- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengakui lagu parodi Abuya menjadi popular dengan pelbagai versi, menunjukkan kreativiti rakyat Malaysia.
- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menyatakan MCMC sentiasa memantau kandungan lagu parodi terkait GISB dan bersedia bertindak jika terdapat aduan.
Mengakui lagu parodi Abuya menjadi ‘earworm’, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai isu berkenaan.
“Saya tahu sekurang-kurangnya ada tujuh atau lapan versi yang sampai ke telinga saya. Ada versi koir, rock dan sebagainya, ini membuktikan rakyat Malaysia sangat kreatif.
“Buat masa ini pihak MCMC tidak maklumkan apa-apa tindakan telah diambil mengenai kandungan yang secara tidak langsung berkait GISB.
“MCMC hanya turunkan kandungan jika terima arahan daripada pihak polis. Memang lagu ini jadi earworm tapi kita tidak terima laporan; kalau ada laporan kita akan teliti,” katanya pada sidang media mingguan, di sini, pada Rabu.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching pada Sabtu berkata, MCMC sentiasa memantau kandungan membabitkan lagu parodi terkait GISB dan bersedia menurunkannya jika terdapat aduan daripada mana-mana pihak.