SINGAPURA: Pannir Selvam Pranthaman, seorang lagi rakyat Malaysia yang dikenakan hukuman mati atas kesalahan dadah, gagal dalam rayuan akhirnya pada Jumaat (26 Nov) untuk mencabar keputusan mahkamah ke atasnya.
Pannir sebelum ini dijadual menjalani hukuman mati pada 24 Mei 2019, tetapi pada 23 Mei 2019 Mahkamah Rayuan Singapura membenarkan permohonannya untuk menangguhkan hukuman mati bagi membolehkan dia mencabar proses pengampunan.
Dia disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 27 Jun 2017 atas tuduhan mengedar 51.84 gram diamorphine ketika ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 Sept 2014 .Pada 12 Feb 2020, Mahkamah Tinggi menolak usahanya untuk mencabar keputusan mahkamah yang mengetepikan permohonan pengampunan.
Awal bulan ini, seorang lagi warga Malaysia Nagaentran K. Dharmalingam, dijatuhi hukum mati pada 10 Nov terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Rayuan dimaklumkan dia didapati positif COVID-19. Rayuan Nagaentran akan didengar pada Selasa (30 Nov).
Untuk kes Pannir, dilaporkan, selain mencabar proses pengampunan, Pannir turut memfailkan cabaran ke atas keputusan Pendakwa Raya yang tidak memberikan kepadanya perakuan memberi pertolongan kepada pasukan pendakwa.
Keputusan mahkamah semalam dilaporkan tertumpu kepada sama ada maklumat yang disalurkan Pannir kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) benar-benar dapat membantu agensi itu melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah.
Menurut Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura, mereka yang ditahan kerana mengedar dadah dan diberikan sijil perakuan sebagai pemberi maklumat kepada pendakwa, boleh mengelak daripada hukuman mati tetapi diganti dengan seumur hidup dan sebatan.
Sementara itu, keluarga Pannir tetap tenang walaupun selepas dimaklumkan mengenai keputusan penghakiman itu.
"Kami cuba bertenang meskipun perasaan sengsara. Kami berusaha untuk tenang kerana kami percaya kepada Tuhan," kata kakaknya Sangkari Pranthaman ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ditanya apakah langkah seterusnya, Sangkari berkata mereka masih menunggu arahan peguam.
"Setakat ini kami tidak tahu apa perlu dilakukan sebenarnya. Kami buntu. Kami cuba untuk menerima hakikat. Tapi perlu lakukan sesuatu," katanya.
Sangkari merancang untuk pergi ke Singapura selepas tidak berjumpa adiknya, yang ketiga daripada lapan adik beradik, kira-kira 20 bulan akibat pandemik COVID-19.
"Saya fikir nak ke Singapura lagi. Mungkin dalam waktu terdekat, saya akan ke Singapura untuk bertemu adik saya. Saya (akan pergi) dengan adik perempuan saya," tambahnya.
Sangkari turut berkongsi apa yang Pannir katakan ketika menghubunginya kira-kira pukul 3 petang sejurus selepas penghakiman kes itu.
"Jangan sedih. Saya tahu awak sangat sedih. Mesti peguam sudah maklumkan pada awak. Jangan rasa bersalah. Kita akan lihat apa yang boleh kita lakukan. Saya cuma nak bagi tahu yang saya okey," kata Pannir kepada kakaknya akrab dengannya sejak kecil.
Sangkari berkata Pannir masih positif dan kuat disebalik ketidaktentuan itu.
Sementara itu, seorang daripada peguam Pannir, Too Xing Ji dilaporkan berkata semalam bahawa anak guamnya tidak diberikan sebarang arahan untuk memfailkan permohonan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021

Pannir Selvam Pranthaman, seorang lagi rakyat Malaysia yang dikenakan hukuman mati atas kesalahan dadah, gagal dalam rayuan akhirnya pada Jumaat (26 Nov) untuk mencabar keputusan mahkamah ke atasnya. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

15 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan ditempatkan di kem tentera utara Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.

Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.

Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.