Seekor tapir jantan ditemukan mati di Jalan Mersing-Jemaluang berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing, dekat sini malam tadi, dipercayai akibat dilanggar kenderaan - kejadian yang kelima sejak awal tahun ini.
Pengarah Jabatan Perhilitan Johor Salman Saaban berkata haiwan dianggarkan berusia enam tahun dan seberat 200 kilogram itu, ditemui orang awam pada pukul 9.45 malam yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Perhilitan.
"Empat orang kakitangan Perhilitan Daerah Mersing digegaskan ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi kira-kira pukul 10.00 malam, didapati memang benar seekor tapir jantan telah mati disyaki dilanggar. Soal siasat dengan pengadu mengatakan tapir dipercayai dilanggar sebuah van.
"Pemeriksaan pada tapir turut mendapati terdapat kecederaan di bahagian kepala, badan dan kesan seretan," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.
BACA: Bangkai tapir betina di jalan Kota Tinggi-Mersing
Beliau berkata bangkar tapir berkenaan akan ditanam berhampiran kawasan pejabat perhilitan di Jemaluang di Mersing.
"Kes ini merupakan kejadian kelima dalam tahun ini. Pada 4 Feb lepas, seekor tapir betina ditemui mati di Jalan Sekakap-Mersing.
"Siasatan awal mendapati gangguan habitat akibat aktiviti pertanian di kawasan berkenaan telah menyebabkan tapir-tapir ini keluar dari habitatnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 09 2020

GAMBAR FAIL: Seekor tapir betina ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan berat dalam kejadian di Batu 20 Jalan Kota Tinggi-Mersing pada 5 Jan lalu. - BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Lagi kejadian tapir dilanggar di Johor
Seekor tapir jantan ditemukan mati di Jalan Mersing-Jemaluang di Mersing, malam tadi dipercayai akibat dilanggar kenderaan.

Kualiti udara di Miri kekal pada tahap bahaya, IPU cecah 400
Bacaan IPU 401 dan 316 masing-masing dicatatkan di Stesen Pemantauan Udara di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2 dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.

Jawatankuasa Pemerkasaan TVET diterajui Menteri Pendidikan
Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Peringkat Nasional akan diterajui Menteri Pendidikan bagi merangka polisi baharu yang lebih relevan dalam melaksana agenda TVET mengikut keperluan industri.

ILP Miri catat IPU sangat tidak sihat pagi ini
Kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan sederhana kecuali di Kangar, Perlis; di Langkawi dan Alor Setar, Kedah dan di Tawau, Sabah yang mencatatkan IPU baik.