KOTA BHARU: Bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai dipercayai telah melaungkan azan maghrib awal empat minit daripada waktunya semalam, sehingga kejadian itu tular dalam media sosial.
Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat berkata ketika kejadian, bilal itu tidak menyedari bahawa beliau telah melaungkan azan maghrib pada pukul 7.17 malam, menyebabkan ada segelintir penduduk yang percaya telah masuk waktu berbuka puasa.
"Saya telah dimaklumkan oleh penduduk bahawa tok bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai itu telah melakukan kesilapan tersebut dan beliau telah memohon maaf atas kecuaian yang dilakukannya tanpa disengajakan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Justeru, beliau berkata mengikut hukum syarak, penduduk di sekitar kawasan itu yang telah berbuka puasa mengikut laungan azan tersebut, puasanya dikira terbatal dan wajib digantikan selepas berakhirnya Ramadan nanti.
Semalam, tular di media sosial yang mengatakan penduduk di sekitar Guchil 5, 6 dan 7 di Kuala Krai perlu menggantikan puasa selepas dipercayai azan maghrib yang menandakan waktu berbuka puasa telah berkumandang lebih awal daripada waktu sebenarnya.
Mengulas lanjut, Armin menasihati supaya semua masyarakat perlu peka dengan waktu berbuka puasa dan tidak bergantung semata-mata dengan alunan azan yang berkumandang di masjid, surau mahupun stesen televisyen atau radio.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022

Semua masyarakat perlu peka dengan waktu berbuka puasa dan tidak bergantung semata-mata dengan alunan azan yang berkumandang di masjid, surau mahupun stesen televisyen atau radio. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pengurusan masjid mohon maaf laung azan maghrib awal, mohon penduduk ganti puasa
Masjid Jame Badlishah Pekan Yan di sini, mengakui melakukan kesilapan melaungkan azan maghrib dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu.

Lagi kejadian azan maghrib lebih awal
Bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai dipercayai telah melaungkan azan maghrib awal empat minit daripada waktunya semalam, sehingga kejadian itu tular dalam media sosial.

Azan Maghrib awal 4 minit, penyampai radio mohon maaf
Seorang penyampai radio tempatan di sini tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana telah melakukan kesilapan teknikal dengan menyiarkan azan empat minit lebih awal, hari ini.