TAWAU: Seorang penyampai radio tempatan di sini tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana telah melakukan kesilapan teknikal dengan menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, hari ini.
Bagi daerah Tawau, waktu Maghrib adalah jam 6.20 petang namun penyampai itu telah menyiarkan azan pada jam 6.16 petang, menyebabkan ada pendengar yang berbuka puasa lebih awal tanpa disengajakan.
“Saya, Mohd Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam program Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.
“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, ia menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu," katanya dalam akaun Facebook peribadinya malam ini.
Menurut Mohd Safwan perkara itu terjadi disebabkan oleh kesilapan teknikal serta diri sendiri dan bukan melibatkan stesen radio tersebut.
“Yang baik datangnya dari Allah, dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri,” ujarnya.
Netizen dalam ruang komentar pula rata-rata memaafkan Safwan dan memintanya untuk berhati-hati di masa akan datang.
Astro AWANI akan mendapatkan kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa agama tempatan mengenai tindakan yang perlu dilakukan bagi orang ramai yang telah berbuka puasa awal disebabkan insiden berkenaan.
Ridzal Abdullah
Sun Apr 03 2022

Menurut Mohd Safwan perkara itu terjadi disebabkan oleh kesilapan teknikal serta diri sendiri dan bukan melibatkan stesen radio tersebut. - Gambar/ Facebook @Mohd Safwan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pengurusan masjid mohon maaf laung azan maghrib awal, mohon penduduk ganti puasa
Masjid Jame Badlishah Pekan Yan di sini, mengakui melakukan kesilapan melaungkan azan maghrib dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu.

Lagi kejadian azan maghrib lebih awal
Bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai dipercayai telah melaungkan azan maghrib awal empat minit daripada waktunya semalam, sehingga kejadian itu tular dalam media sosial.

Azan Maghrib awal 4 minit, penyampai radio mohon maaf
Seorang penyampai radio tempatan di sini tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana telah melakukan kesilapan teknikal dengan menyiarkan azan empat minit lebih awal, hari ini.