IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah menyembah maklum kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung isu projek pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Kledang Saiong, Kuala Kangsar.
Katanya menerusi sembah maklum tersebut, kerajaan negeri menjelaskan pelaksanaan pembangunan ladang hutan di kawasan seluas lebih 4,000 hektar itu dijalankan secara berhemah dan mengikut peraturan.
“Selain daripada HSK Kledang Saiong, sebelum ini juga sudah ada projek ladang hutan yang dibuat. Jadi ia bukan perkara luar subjek atau luar jangka.
“Kena ingat, perkara yang sedang dihebohkan ini adalah kerana ia sedang melalui proses pendengaran awam, Jadi orang ramai boleh memberi pandangan balas kepada kerajaan negeri (berhubung projek ladang hutan itu). Malah, projek itu juga tertakluk kepada keputusan EIA (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar) Jabatan Alam Sekitar.
“Jika Jabatan Alam Sekitar mengatakan ia tak boleh dibuat kerana risiko banjir misalnya, kita tak buatlah. Takkan kita nak langgar? Tetapi kalau tak ada (sebarang risiko alam sekitar dan disahkan Jabatan Alam Sekitar), kita boleh teruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Sistem Amaran Awal Kepala Air (EWS) Dan Kick-off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 juta pokok 2023 di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, di sini pada Isnin.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Exco, serta Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop.
Selain itu, jelas Saarani sebelum ini Perak mendapat kelulusan daripada Persekutuan bagi projek pembangunan ladang hutan di HSK berkeluasan 100,000 hektar namun ia telah dikurangkan beberapa kali sehingga kepada 32,000 hektar.
Tambahnya angka keluasan projek ladang hutan itu kemudian terus dikurangkan kepada 6,000 hektar pada tahun lalu.
“Kena faham apa prosedur yang kita lalui dan kita cuba sedaya upaya untuk tidak menjadikan projek ladang hutan ini untuk menjadikan negeri kita ‘botak’ disebabkan kehilangan hutan.
“Ia adalah proses penanaman semula yang mana kita juga mengambil kira pelbagai faktor. Kita tidak ‘cuci bersih’ semua 6,000 hektar itu sebaliknya ia dibuat secara berperingkat mengikut petak keluasan yang ditetapkan,” jelasnya lagi.
Saarani sebelum itu diminta mengulas berkenaan tindakan enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memohon campur tangan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terhadap cadangan pelaksanaan pembangunan ladang hutan seluas 4,280 hektar di Hutan Simpan Kledang Saiong.
Pada 17 Februari lalu, memorandum yang ditandatangani 150 orang itu diserahkan kepada wakil Pejabat Sultan Perak di Kuala Kangsar bagi memohon campur tangan Sultan Perak agar projek ladang monokultur itu dibatalkan.
Dalam perkembangan sama Saarani berkata Perak menyasarkan sebanyak 10 juta pokok atau 2 juta pokok setahun dapat ditanam di seluruh negeri bagi tempoh lima tahun, yang bermula pada tahun lalu.
Katanya pada tahun 2021, kerajaan negeri berjaya mencapai sasaran iaitu menanam 2.17 juta pokok dengan keluasan 5,568.01 hektar manakala, sejumlah 2.33 juta pokok telah berjaya ditanam dengan keluasan 6,152 hektar di seluruh negeri bagi tahun 2022.
Amirrul Rabbani
Mon Feb 27 2023

Saarani Mohamad (dua, kanan) ketika hadir pada Majlis Perasmian Sistem Amaran Awal Kepala Air (EWS) dan Kick Off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Bagi Tahun 2023 di Taman Eko Rimba Kledang Saiong hari ini. - Astro AWANI
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.
Tumpuan Selasa – 11 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kertas cadangan autonomi tambahan C4P dikemukakan kepada JPA pada Mei
Kementerian Kesihatan kini berada di peringkat akhir dalam penyediaan kertas cadangan bagi memberikan autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P).
AWANI Tonight 10 March 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews

Sabah Maju Jaya: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Ladang Hutan Kledang Saiong: Saarani sudah sembah maklum kepada Sultan Perak
Kerajaan negeri menjelaskan pelaksanaan pembangunan ladang hutan di kawasan seluas lebih 4,000 hektar itu dijalankan secara berhemah dan mengikut peraturan.