KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berdepan kekurangan dana yang sangat besar sekiranya cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 dilaksanakan.
Menurut Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Perkeso, Prof Madya Dr Yusof Saari, ia sekali gus boleh menjejaskan ekonomi negara pada masa depan.
"Kalau kita benarkan dikeluarkan dalam RM10,000 kepada setiap pencarum, kita akan dapati kekurangan dana yang sangat besar di KWSP.
"Ini akan memberi kesan kepada ekonomi itu sendiri, pelaburan dan ekonomi mikro secara keseluruhan.
"Jadi kita perlu berhati-hati dalam melaksanakan pakej atau cadangan ini, kerana ia boleh merisiko keadaan ekonomi pada masa depan," katanya kepada Astro AWANI dalam temu bual menerusi Skype, pada Sabtu.
Bagaimanapun, beliau berkata perkara tersebut dipertimbangkan sekiranya ia dilakukan secara bersasar dan pengeluaran dilakukan secara bulanan.
Pada Jumaat, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP untuk digunakan rakyat yang berdepan pandemik COVID-19.
Perdana Menteri berkata beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang Akaun 1 KWSP.
BACA: Pengeluaran KWSP perlu bersasar, diberi secara bulanan dan bukan 'one off' - Pakar ekonomi
Mengulas lanjut, Yusof berkata satu penyelesaian holistik perlu dilakukan segera dalam mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Tambahnya, kerajaan, majikan dan agensi berkaitan perlu mempergiatkan usaha membantu mereka yang kehilangan sumber pendapatan untuk kembali mendapatkan pekerjaan.
Ini penting untuk mendidik masyarakat agar tidak berharap kepada pengeluaran KWSP semata-mata setiap kali berdepan krisis, katanya lagi.
"Sangat penting untuk agensi kerajaan bekerja keras sedikit untuk turun ke bawah bagi membantu pekerja-pekerja.
"Sebab begini, dalam data PERKESO, sebagai contoh kita dapati ramai bilangan pencari pekerja dan dalam masa yang sama banyak juga pekerjaan diminta ataupun pekerjaan yang kosong yang diiklankan di portal MyFutureJobs atau portal pekerjaan di Malaysia.
"Kita lihat banyak lagi kekosongan yang tidak dipilih atau diambil mereka di luar sana," katanya.
Pada Isnin lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan mempertimbangkan lagi cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP.
Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan boleh membenarkan pengeluaran duit dengan menghadkan secara one-off sehingga RM10,000 daripada akaun tersebut.
Hasimi Muhamad
Sat Oct 31 2020
![KWSP berdepan kekurangan dana besar jika pengeluaran Akaun 1 dibenarkan - Pakar ekonomi KWSP berdepan kekurangan dana besar jika pengeluaran Akaun 1 dibenarkan - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41593178468_KWSPLogo.jpg)
KWSP akan berdepan kekurangan dana yang sangat besar sekiranya cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 dilaksanakan, kata Dr Yusof Saari. -Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633684648_Dialisis.jpg)
Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan
Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan golongan berkenaan, terutama yang bergantung kepada rawatan dialisis jangka panjang.
![NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614721369_programJomKerja.jpg)
NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.
![Empati dalam komunikasi Empati dalam komunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/81580531978_suamiisterigaduh.jpg)
Empati dalam komunikasi
Sewajarnya kita menyemai dan menerapkan pendekatan yang membuatkan seseorang itu berasa selesa dan tidak tersepit atau mengelak diri untuk berkomunikasi bersama kita.
![Masyarakat diminta waspada individu menyamar pegawai Perkeso Masyarakat diminta waspada individu menyamar pegawai Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/81584270810_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Masyarakat diminta waspada individu menyamar pegawai Perkeso
Perkeso menerima aduan berhubung kegiatan individu menyamar sebagai pegawai perkhidmatan pekerjaannya menyasarkan orang awam.
![Akses kepada bantuan kesihatan mental di kala pandemik perlu dipertingkat Akses kepada bantuan kesihatan mental di kala pandemik perlu dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/61529573353_Depression.jpg)
Akses kepada bantuan kesihatan mental di kala pandemik perlu dipertingkat
Mengikut laporan WHO, terdapat kira-kira 450 juta penduduk dunia yang mempunyai penyakit mental dan ini merupakan salah satu punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia.
![PTPTN sedia bantu struktur semula pinjaman peminjam hilang pekerjaan PTPTN sedia bantu struktur semula pinjaman peminjam hilang pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546857121_PTPTN.jpg)
PTPTN sedia bantu struktur semula pinjaman peminjam hilang pekerjaan
Antara bantuan yang boleh dilakukan ialah penstrukturan semula jadual pembayaran, bagaimanapun peminjam perlu bersemuka dengan PTPTN.