Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) komited untuk mengambil langkah tertentu dalam memastikan semua projek yang tergendala sebelum ini dapat dipercepatkan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pihak perlu bekerja keras bagi memastikan semua projek siap seperti yang dijadualkan.

"Saya lawat projek di Pasar Baru Jalan Raja Bot, Kampung Bharu dan projek penyuraian trafik di Bandar TRX dan Bulatan Kampung Pandan yang kini mengalami kelewatan dari jadual .


"InsyaAllah langkah-langkah tertentu akan diambil bagi mempercepatkan projek yang lewat ini. Semua mesti bekerja keras," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya di sini pada Ahad.

Dalam ciapan berasingan, Annuar berkata, pemantauan rapi akan terus dilakukan agar rakyat dapat menikmati faedah daripada projek yang dijalankan.