PUTRAJAYA:Kutipan sisa kitar semula meningkat kepada 2,188.95 tan dari Januari hingga September tahun ini berbanding 1,546.81 tan dalam tempoh sama tahun lepas, dengan peningkatan ketara direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata kutipan tertinggi dicatatkan pada April dan Mei iaitu masing-masing sebanyak 287.7 tan dan 307.63 tan berbanding 157.31 tan dan 163.15 tan pada 2019.
"Sasaran (kitar semula) tahun ini tercapai melebihi 30 peratus, antara 31 hingga 32 peratus. Jadi sasaran 40 peratus mudah untuk dicapai dalam tahun 2021," katanya kepada pemberita semasa melawat Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) di sini pada Selasa.
Beliau berkata kewujudan FIKS, yang merupakan inisiatif anak syarikat Alam Flora Sdn Bhd iaitu Alam Flora Environmental Solutions (AFES), sebagai pusat pengumpulan dan pemprosesan barangan kitar semula yang boleh dikunjungi orang awam akan mampu membantu mencapai sasaran tersebut.
Zuraida berkata inisiatif itu yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk hab ilmu, Butik 3R, pusat belian balik barangan kitar semula, pengumpulan minyak masak terpakai dan pembuatan kompos daripada sisa makanan akan membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.
"Kita perlukan satu pusat sebegini supaya rakyat dapat kunjungi dan memahami konsep kitar semula. Ini boleh menjadi pusat untuk anak-anak sekolah melihat sendiri bagaimana sampah diproses dan menghasilkan pendapatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
ZURAIDA: Sasaran (kitar semula) tahun ini tercapai melebihi 30 peratus, antara 31 hingga 32 peratus. Jadi sasaran 40 peratus mudah untuk dicapai dalam tahun 2021. - BERNAMA
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Kutipan sisa kitar semula naik sejak PKP - Zuraida
Kutipan tertinggi dicatatkan pada April dan Mei iaitu masing-masing sebanyak 287.7 tan dan 307.63 tan berbanding 157.31 tan dan 163.15 tan pada 2019.