KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyasarkan untuk melahirkan lebih banyak usahawan yang terdiri daripada bekas banduan, bekas penagih dadah dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta belia, menerusi Program Usahawan Kluster Baru.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata program berkenaan yang dilancar hari ini anjuran Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (Pergak) diharap dapat menarik lebih ramai bakal usahawan daripada golongan itu bagi memberi mereka peluang kedua dan kembali kepada masyarakat.
Beliau berkata Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional sebelum ini telah membantu golongan berkenaan dengan mengadakan pembiayaan kepada bekas banduan, pembiayaan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), serta skim pembiayaan peluang kedua OKU, namun kurang mendapat sambutan kerana tidak diuar-uarkan.
"Saya harap dengan kerjasama Pergak ini dan Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani dengan TEKUN, maka program yang sedia ada ini kita akan mendapat sambutan lebih baik, akan lebih berkesan dan ada pemantauan untuk memastikan mereka benar-benar terlibat dan kembali kepada masyarakat.
"Program ini (bantu banduan dan penagih dadah) dah memang ada, tetapi kita buat cara kita (kementerian), sebab itu kita tengok tak berapa ramai, dalam 35 orang, tetapi sekarang ini saya harap bila ada MOU nanti dengan Pergak, kita harapkan Pergak dapat bantu untuk mencari mereka yang berminat," katanya pada sidang media selepas merasmikan pogram tersebut di sebuah hotel hari ini.
Beliau berkata kementeriannya akan berbincang dengan Pergak bagi menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) dan sasaran untuk melahirkan seberapa ramai usahawan daripada golongan tersebut menjelang tahun depan supaya kerjasama yang baik dapat dijalinkan.
Menurut Noh laporan pembiayaan TEKUN Nasional sehingga 30 April lepas menyatakan sebanyak RM531,500 telah diberikan kepada 35 peminjam bekas banduan di seluruh negara, selain RM773,000 telah diberikan kepada 58 peminjam AADK dan sejumlah RM65,000 dikeluarkan kepada lima peminjam skim pembiayaan peluang kedua.
Pergak berfungsi sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang akan membimbing dan mengawal golongan tersebut supaya dapat membantu mereka dalam menjalani kehidupan di dalam masyarakat dengan lebih baik sebagai usahawan, menerusi program itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022

Noh Omar berkata program yang baru dilancar itu diharap dapat menarik lebih ramai golongan berkenaan bagi memberi mereka peluang kedua kembali kepada masyarakat. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.

Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.

LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.

Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyokong usaha koperasi sekolah yang berterusan untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengenali asas keusahawanan.

Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon
Kuskop menggariskan lima fokus utama untuk direalisasikan menerusi Belanjawan 2024 bagi membangun ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.

Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.

2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.