JOHOR BAHRU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui pelbagai agensinya menyalurkan pembiayaan berjumlah RM272.6 juta kepada 13,091 usahawan di Johor dari Januari hingga Mei tahun ini.
Menterinya Ewon Benedick berkata daripada jumlah itu, RM81.5 juta disalurkan kepada 10,672 Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan RM41.8 juta kepada 2,083 usahawan Tekun Nasional.
"Bank Rakyat telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM57.3 juta kepada 297 usahawan, SME (Corporation Malaysia) telah meluluskan pembiayaan RM91.4 juta kepada 37 usahawan manakala Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) turut meluluskan pembiayaan francais kepada dua syarikat berjumlah RM660,000," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika berucap bagi menutup pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Selatan dan Festival Keusahawanan Maju Johor 2024.
Mengenai pameran SDSI Wilayah Selatan, beliau berkata jualan tunai berjumlah RM1.13 juta berjaya dicatatkan sepanjang tiga hari penganjurannya bermula 21 Jun, mengatasi sasaran awal pada RM1 juta.
Potensi jualan RM9.22 juta, potensi pembiayaan bernilai RM23.9 juta dan potensi padanan perniagaan RM17 juta juga berjaya direkodkan sepanjang program itu, katanya.
Ewon berkata program itu merupakan inisiatif kementerian untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang inklusif kepada perusahaan SDSI dan juga usahawan setempat.
"Pameran SDSI juga menyediakan platform pengkomersialan menerusi pameran dan jualan produk bercirikan sesebuah daerah.
"Selain itu, usahawan akan turut didedahkan kepada program latihan dan diberikan akses kepada peluang pembiayaan yang ditawarkan oleh KUSKOP serta agensinya," katanya.
Beliau berkata pameran itu bertujuan memberikan pendedahan dan pendidikan kepada umum bahawa produk SDSI berpotensi tinggi untuk menembusi pasaran luar.
"KUSKOP berharap produk ini bukan sahaja 'jaguh' di rantau ini malah juga mendapat tempat dan permintaan tinggi di peringkat antarabangsa," katanya.
KUSKOP turut membawakan program BIAYA menerusi program itu, dengan agensi pembiaya awam, swasta dan alternatif berada di bawah satu bumbung untuk membantu usahawan memilih produk pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan mereka, katanya.
Ewon berkata kerajaan juga bersetuju dengan hala tuju baharu program SDSI bagi membangunkan program yang lebih holistik selepas mengambil kira ekosistem keusahawanan serta diselaraskan dengan agenda pembangunan nasional.
"Ini merupakan langkah kerajaan dalam membantu ekonomi masyarakat desa hingga ke peringkat nasional yang selari dengan dasar pembangunan luar bandar secara bersepadu.
"Kerajaan telah mengorak langkah untuk menggalakkan penduduk desa menghasilkan sumber ekonomi sendiri dari kawasan desa yang memenuhi keperluan industri serta mampu menembusi pasaran yang lebih besar," katanya.
Pada majlis itu, Ewon turut menyerahkan cek pembiayaan perniagaan dengan jumlah keseluruhan RM25.736 juta kepada 389 usahawan.
Beliau turut meyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Glohex Group Sdn Bhd dan Perbadanan Usahawan Negeri Johor Sdn Bhd (PUJB) bagi membangunkan industri halal negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Ewon (tengah) bersama para penerima bantuan pada Penutup Showcase SDSI Wilayah Selatan dan Festival Keusahawanan Maju Johor 2024 di Angsana Johor Bahru Mall pada Ahad. --fotoBERNAMA
Dasar peralihan tenaga buka peluang pemain OGSE kembang, teroka pasaran baharu
Sektor OGSE perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Skor Indeks Kesihatan Mental Belia tahap sederhana
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dedahkan skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 mencatatkan tahap sederhana.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 November 2024
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
AWANI Ringkas: Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin enam warga Malaysia
Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman pada Isnin kerana disyaki memiliki dadah.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
AWANI Borneo [5/11/2024] – PRN Sabah | Di seluruh negara | Mesra rakyat
Awani Borneo Selasa, 5 November 2024 bersama Assim Hassan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
Pegawai SPRM didakwa salah guna wang sitaan berjumlah RM613,000
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.
Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.
LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.
Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyokong usaha koperasi sekolah yang berterusan untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengenali asas keusahawanan.
Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon
Kuskop menggariskan lima fokus utama untuk direalisasikan menerusi Belanjawan 2024 bagi membangun ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.
Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.
2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.