SHAH ALAM: Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berharap kerajaan dapat meluluskan peruntukan untuk membangunkan skim Program Usahawan Siswazah (PUSH) dalam pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober.
Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata PUSH adalah satu daripada tujuh inisiatif baharu yang diusulkan KUSKOP untuk Bajet 2023 bagi menggalakkan graduan terlibat dalam bidang perniagaan.
Menurutnya, kementerian melihat terdapat keperluan untuk mewujudkan skim itu apabila ramai mahasiswa tempatan yang memiliki ilmu dan kepakaran dalam perniagaan tertentu, namun menghadapi masalah untuk mendapatkan modal.
"Kita lihat banyak institusi pengajian tinggi mengadakan kursus-kursus keusahawanan, namun persoalannya ada di antara mereka (mahasiswa) mengalami masalah modal.
"Kita berharap skim ini dipersetujui oleh kerajaan dan seterusnya diluluskan dalam pembentangan Bajet 2023," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah #SayaDigital Keluarga Malaysia anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Pengerusi MDEC Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata program Jelajah #SayaDigital Keluarga Malaysia telah melahirkan 24,000 usahawan digital terlatih daripada pelbagai sektor sejak dimulakan dua tahun lepas.
"Melalui program ini, kita telah turun ke pelbagai lokasi di seluruh negara termasuk kawasan pedalaman, sama ada dijalankan secara fizikal atau maya, dan program ini terbukti memberi manfaat kepada ribuan peserta yang datang.
"Program ini merupakan satu daripada program turun padang untuk memberi pengenalan, penerangan dan perkongsian kepada masyarakat setempat berkenaan ekonomi digital dan faedahnya kepada kehidupan" katanya.
Katanya, setakat ini MDEC berjaya melahirkan ramai usahawan digital yang terlatih menerusi program-program yang dijalankan.
"Di MDEC, apa yang kita beri adalah ilmu dan latihan, bukannya pinjaman. Kita akan cuba latih mereka yang ingin memulakan perniagaan dalam apa-apa bidang sekalipun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

Tan Sri Noh Omar berkata kementerian melihat terdapat keperluan untuk mewujudkan skim itu apabila ramai mahasiswa tempatan yang memiliki ilmu dan kepakaran dalam perniagaan tertentu, namun menghadapi masalah untuk mendapatkan modal. - Foto BERNAMA
Skim harga barangan sempena Aidilfitri bermula 24 Mac
Kerajaan akan melaksanakan skim kawalan harga maksimum musim perayaan sempena musim Aidilfitri selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April depan.

Selangor umum BKK tambahan setengah bulan gaji untuk penjawat awam negeri
Penjawat awam Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) tambahan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Datuk hampir pengsan lihat tangan cucu hancur, pipi terbelah kena letupan mercun
Dua beradik, Muhammad Zharif Daniel dan Muhammad Aiman Naufal, cedera parah akibat letupan mercun di Kampung Baru, Kuala Nerang.

Pengerusi baharu PSM dijangka diumum esok - Iliyas Jamil
Keputusan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu bagi menggantikan Datuk Hans Isaac dijangka akan diketahui esok.

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk dapatkan sijil kelahiran bayi
Lima individu masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftar kelahiran lima bayi.

ASEAN perku kekal aman, berkecuali untuk tarik lebih banyak pelabur - Johari
Perkara itu penting kerana tidak ada pihak yang mahu melabur di kawasan bergolak dan susah untuk melakukan perniagaan.

Tun Ameerul Luqman juarai Jelajah PBA dengan perbelanjaan sendiri
Pengorbanan jaguh tenpin boling negara Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi bersaing wajar diberi pujian penuh.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, pada pukul 4.35 petang selepas memberi keterangan lebih 6 jam pada Rabu.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.