PUTRAJAYA: Kerajaan masih mengekalkan kuota minyak masak bersubsidi sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan termasuk pada 2020 dan 2021 walaupun harga Refined Bleached and Deodorized (RBD) palm olien telah meningkat, kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, jumlah tersebut bersamaan dengan 60 juta paket polibeg satu kilogram (kg), dengan 1.5 kg diperuntukkan untuk setiap rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
Katanya harga RBD palm olien meningkat kira-kira 83 peratus kepada RM4,122 per tan metrik tahun ini berbanding RM2,255 per tan metrik pada 2020.
"Kerajaan turut menambah peruntukan atas dasar komitmen untuk membekalkan 60,000 tan metrik meskipun harga RBD Palm Olien telah meningkat," katanya, menambah kerajaan menjangkakan kos skim itu meningkat daripada RM400 juta kepada RM1.8 bilion sekiranya RBD Palm Olien terus meningkat.
"Oleh yang demikian, keputusan kerajaan untuk mengekalkan kuota dalam program Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) menunjukkan komitmen kerajaan yang tinggi untuk mengurangkan kos sara hidup serta menjamin kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nanta mengeluarkan kenyataan itu susulan laporan berita berhubung kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak yang didakwa berpunca daripada tindakan syarikat pembungkus minyak masak yang tidak jujur kerana membekalkan minyak masak bersubsidi tidak mengikut kuantiti yang telah ditetapkan bagi edaran ke pasar raya dan kedai runcit.
Laporan itu juga mencadangkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas aktiviti pembungkusan minyak masak bersubsidi dan seterusnya memastikan peruntukan subsidi minyak masak sebanyak RM400 juta pada tahun ini dibelanjakan dengan berhemah.
Nanta berkata bahagian penguat kuasa KPDNHEP sentiasa menjalankan pengauditan komprehesif untuk memastikan setiap pengeluaran minyak masak bersubsidi dapat diterima di setiap rantaian pengedarannya.
Susulan daripada pengauditan dan tindakan tegas dalam menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi, Nanta berkata sebanyak 318 kes telah direkodkan di seluruh negara sejak 2016 hingga Mac 2021.
Dalam tempoh itu juga, empat syarikat pembungkus minyak masak telah diambil tindakan dengan membatalkan kuota yang telah diberikan kepada mereka sebelum ini, katanya.
Mengenai aduan berkaitan minyak masak di Sarawak, Nanta berkata semakan rekod mendapati terdapat 25 aduan sejak 2020 hingga 31 Mac lepas dan sebanyak 4,221 pemeriksaan telah dijalankan terhadap premis-premis yang menjual minyak masak setakat semalam (12 April).
Mengenai isu gula yang turut disentuh dalam laporan berita berkenaan, Nanta berkata pada dasarnya harga jualan gula domestik dikawal pada harga maksimum iaitu RM2.85 per kg bagi gula putih bertapis kasar dan RM2.95 per kg bagi gula putih bertapis halus bagi jualan secara runcit.
Harga jualan borong gula untuk kegunaan industri makanan dan minuman pula ditetapkan pada kadar RM2.77 per kg bagi gula putih bertapis kasar dan RM2.85 per kg bagi gula putih bertapis halus, katanya.
"Perbezaan pada harga gula yang lebih rendah boleh dinikmati oleh syarikat pengeluar makanan dan minuman berdasarkan kuantiti dan kaedah pembelian yang dipersetujui dengan pembekal serta bergantung kepada harga gula mentah di pasaran dunia tanpa campur tangan kerajaan," katanya.
Menurut laporan berita itu, pihak industri makanan dan minuman kini perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan gula bertapis pada harga RM2.75 per kg.
Nanta berkata syarikat pengeluar makanan dan minuman serta pemborong tempatan boleh membuat permohonan untuk mendapatkan permit mengimport gula bertapis pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Permohonan yang memenuhi syarat akan dipertimbangkan dengan teliti oleh Jawatankuasa Penilaian yang diwakili beberapa agensi kerajaan berkaitan temasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Pelaburan Perindustrian Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, katanya.
Keutamaan pemberian permit mengimport ialah kepada syarikat pengeluar makanan dan minuman serta pemborong yang memenuhi kriteria penilaian yang telah ditetapkan, katanya.
Nanta berkata pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap penerima permit mengimport gula bertapis bagi mengelakkan penyalahgunaan dan penyelewengan, dan tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap pihak yang menyalahgunakan permit mengimport gula bertapis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021
![Kuota minyak masak bersubsidi kekal 60,000 tan sebulan - Menteri Kuota minyak masak bersubsidi kekal 60,000 tan sebulan - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618307858_Minyakmasak.jpg)
KPDNHEP sentiasa menjalankan pengauditan komprehesif untuk memastikan setiap pengeluaran minyak masak bersubsidi dapat diterima di setiap rantaian pengedarannya. - Bernama
Trump dan Elon Musk 'berjoget'
Kempen pilihan raya Amerika Syarikat terus hangat apabila calon presiden republikan, Donald Trump dilihat 'menari' bersama usahawan terkemuka Amerika Syarikat Elon Musk.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Suspek kes tolak isteri ke gaung akan didakwa hari ini
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai menolak isterinya hingga jatuh gaung berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada 27 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.
!['Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa' 'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723763122_MangsaKemalangan.jpg)
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Kerajaan terus perkasa agenda bagi memudahcara perniagaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terus memperkasa agenda bagi memudahcara perniagaan (Ease of Doing Business).
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
1.5 penjawat awam tahu kadar gaji baharu hari ini
Lebih 1.5 juta penjawat awam di negara ini akan mengetahui kadar gaji baharu masing-masing apabila berita gembira itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri di PICC, hari ini.
Presiden Palestin umum bakal lawat Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis mengumumkan bahawa beliau merancang untuk melawat Semenanjung Gaza, walaupun serangan Israel yang telah membunuh lebih 40,000 orang setakat ini masih berterusan.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Parlimen Thailand putuskan siapa PM baharu
Parlimen Thailand hari ini akan bersidang bagi bagi mengadakan mesyuarat khas memilih seorang Perdana Menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin, Rabu lepas.
![Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723762175_MatthewPerry.jpg)
Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry
Defendan mengambil kesempatan daripada isu ketagihan Perry untuk meraih kekayaan bagi diri mereka.
![Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723756050_MahmoudAbbas.jpg)
Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel
"Saya mengumumkan kepada anda dan dunia bahawa saya telah memutuskan untuk pergi ke Semenanjung Gaza bersama semua pemimpin Palestin."
![Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756932_TokyoJapan.jpg)
Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil
Central Japan Railway Co. batalkan semua perkhidmatan kereta api laju Tokaido Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya sepanjang hari pada Jumaat.
![KPDN Kelantan gagalkan cubaan seludup minyak masak bersubsidi KPDN Kelantan gagalkan cubaan seludup minyak masak bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709888114_AzmanIsmail.jpg)
KPDN Kelantan gagalkan cubaan seludup minyak masak bersubsidi
KPDN Kelantan merampas 731 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dipercayai untuk diseludup ke negara jiran di Chabang Tiga, Pengkalan Chepa, di sini semalam.
![Pasar raya diserbu simpan minyak masak bersubsidi lebih had Pasar raya diserbu simpan minyak masak bersubsidi lebih had](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705676573_simpanminyakmasak.jpg)
Pasar raya diserbu simpan minyak masak bersubsidi lebih had
Bahan kawalan itu juga dipercayai dijual kepada pekerja asing pada harga lebih mahal bagi mengaut keuntungan.
![Tiada larangan warga asing beli minyak masak bersubsidi - Armizan Tiada larangan warga asing beli minyak masak bersubsidi - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704795804_TBDATUKARMIZANMO.jpg)
Tiada larangan warga asing beli minyak masak bersubsidi - Armizan
Tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak peket bersubsidi namun mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia.
![KPDN tahan dua pemilik restoran salah guna minyak masak bersubsidi KPDN tahan dua pemilik restoran salah guna minyak masak bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656927560_Isuminyakmasakpek.jpg)
KPDN tahan dua pemilik restoran salah guna minyak masak bersubsidi
KPDN Kuala Lumpur menahan dua pemilik restoran berkonsepkan Asia Selatan kerana disyaki menyalahgunakan minyak masak bersubsidi.
![Aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Rawang tumpas Aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Rawang tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691068053_minyak.jpg)
Aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Rawang tumpas
Modus operandi sindiket adalah dengan membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, kemudian dipindahkan ke dalam sebuah tangki dan dibotolkan semula.
![Proses rasionalisasi minyak masak bersubsidi pastikan agihan secara adil - Salahuddin Proses rasionalisasi minyak masak bersubsidi pastikan agihan secara adil - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688911178_tbKPDNminyakmasak.jpg)
Proses rasionalisasi minyak masak bersubsidi pastikan agihan secara adil - Salahuddin
Langkah itu juga penting untuk memastikan pengagihan minyak masak bersubsidi dapat dilakukan secara adil di semua peringkat.
![Tak sempat seludup 1,814 kg minyak masak ke Thailand Tak sempat seludup 1,814 kg minyak masak ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686713590_SeludupMinyak.jpg)
Tak sempat seludup 1,814 kg minyak masak ke Thailand
Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut menemui kotak berisi minyak masak peket 1,814 kg.
![KPDN Kelantan rampas 9.35 tan minyak masak bersubsidi KPDN Kelantan rampas 9.35 tan minyak masak bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679389558_Seludupminyak.jpg)
KPDN Kelantan rampas 9.35 tan minyak masak bersubsidi
KPDN Kelantan menahan empat lelaki dan merampas sejumlah 9.35 tan metrik minyak masak bersubsidi di Kampung Pengkalan Datu, petang semalam.
![Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675554870_minyakmasak.jpg)
Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi
Peraturan itu bagi mengelak orang ramai daripada membeli minyak masak secara berlebihan.
![Enam individu termasuk penjawat awam ditahan didakwa terima rasuah RM20,000 Enam individu termasuk penjawat awam ditahan didakwa terima rasuah RM20,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663762621_SPRMMDBrasuah.jpg)
Enam individu termasuk penjawat awam ditahan didakwa terima rasuah RM20,000
Semua suspek ditahan jam 10 malam kerana dipercayai meminta wang rasuah kira-kira RM20,000 daripada seorang individu.