PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan dua aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Rawang, Selangor semalam, melibatkan rampasan 12,000 kilogram minyak masak.
Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN Shamsul Nizam Khalil berkata sembilan warga asing termasuk dua wanita, dan enam lelaki tempatan ditahan dalam serbuan berasingan di Pusat Perdagangan Sri Pagi Sungai Choh dan Kawasan Perindustrian Anugerah Suria, Rawang itu.
Beliau berkata ketika serbuan di sebuah premis tanpa nama di Pusat Perdagangan Sri Pagi Sungai Choh itu, beberapa individu didapati sedang leka melakukan aktiviti memotong bungkusan minyak masak paket 1kg bersubsidi untuk dipindahkan ke dalam sebuah tangki jenis poly tank.
"Modus operandi sindiket ini adalah dengan membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, kemudian dipindahkan ke dalam sebuah tangki dan dibotolkan semula sebelum dijual mengikut harga terkini pasaran minyak masak tidak bersubsidi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketika serbuan di sebuah premis disyaki menjalankan aktiviti jual beli minyak masak terpakai di Kawasan Perindustrian Anugerah Suria pula, beberapa individu didapati sedang leka melakukan aktiviti pemindahan minyak masak ke dalam sebuah lori tangki.
"Modus operandi premis adalah berselindung di sebalik aktiviti jual beli minyak masak terpakai dan berurusniaga dengan barang kawalan iaitu minyak masak tanpa kebenaran. Pemeriksaan lanjut di premis itu juga menemukan sejumlah minyak masak baharu yang telah siap diproses disyaki akan dijual di pasaran," katanya.
Beliau berkata peralatan yang digunakan seperti pam bermotor, hos penyambung, gunting besi, alat decoder kamera litar tertutup (CCTV) serta dokumen perniagaan turut dirampas dalam dua serbuan itu untuk siasatan lanjut.
Nilai rampasan dari dua serbuan berasingan itu dianggarkan berjumlah RM60,000.
Beliau berkata kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes berkenaan akan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti itu serta mengenal pasti rantaian pengedaran minyak masak terbabit.
Shamsul Nizam berkata syarikat berkenaan juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023

Modus operandi sindiket adalah dengan membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, kemudian dipindahkan ke dalam sebuah tangki dan dibotolkan semula. - Gambar hiasan/Bernama

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.

Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.

Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi
Wanita itu didakwa dalam keadaan menimbulkan syak dan niat munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

Sindiket minyak masak subsidi tumpas, 15 ditahan di Selangor
Sejumlah 14,340 kg minyak masak bersubsidi disita, ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container.

KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.

KPDN Kelantan rampas lebih 8,000 kg minyak masak seludup
Sebanyak 8,534 kilogram minyak masak bersubsidi dan tiga kenderaan disita dalam operasi bersepadu antara KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor semalam.

KPDN Kelantan gagalkan cubaan seludup minyak masak bersubsidi
KPDN Kelantan merampas 731 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dipercayai untuk diseludup ke negara jiran di Chabang Tiga, Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Pasar raya diserbu simpan minyak masak bersubsidi lebih had
Bahan kawalan itu juga dipercayai dijual kepada pekerja asing pada harga lebih mahal bagi mengaut keuntungan.

Tiada larangan warga asing beli minyak masak bersubsidi - Armizan
Tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak peket bersubsidi namun mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia.