Kerajaan mahu lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini mempunyai kuasa autonomi dalam usaha menjadikan institusi berkenaan lebih sistematik dan berdaya saing, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Dr Zaini Ujang.
Beliau berkata kuasa autonomi tersebut merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik.
"Kita mahu lebih banyak universiti berautonomi iaitu membuat keputusan sendiri kerana universiti-universiti di luar negara sudah ada autonomi masing-masing.
"Di Malaysia, institusi pengajian tinggi masih terikat kepada agensi pusat iaitu perlu mendapat kebenaran dengan KPT...KPT pula perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kewangan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada Majlis Persidangan Kepimpinan dan Governan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali kedua di sini, malam Selasa.
Zaini berkata negara-negara ASEAN lain turut mengaplikasikan sistem autonomi termasuk Singapura sehingga membolehkan institusi pengajian tinggi di negara berkenaan membayar gaji lebih tinggi kepada kakitangan akademik.
Persidangan anjuran Universiti Malaya dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) itu, bertujuan mengenal pasti kaedah terbaik yang boleh digunakan universiti awam, swasta dan universiti negara ASEAN bagi memastikan kualiti pendidikan memenuhi permintaan global dan meningkatkan reputasi sesebuah IPT.
Sepanjang tiga hari persidangan itu bermula hari ini, seramai 17 anggota panel daripada universiti tempatan dan negara ASEAN akan berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing.
Bernama
Wed Dec 16 2015
ZAINI: Di Malaysia, institusi pengajian tinggi masih terikat kepada agensi pusat iaitu perlu mendapat kebenaran dengan KPT.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
Kerajaan negeri perlu diberi autonomi corak ekonomi - Yusof Saari
Yusof mengakui perubahan sedemikian memerlukan tekad politik yang kuat memandangkan Malaysia masih terperangkap dalam paradoks politik.
Pasca PRN: Biar negeri corak ekonomi sendiri - Penganalisis
Modul yang diguna pakai ketika ini terlalu bergantung kepada Putrajaya, sehingga wujud situasi kecenderungan kepada negeri tertentu.
NUTP harap Menteri Pendidikan, KPT baharu perkenal dasar progresif
NUTP berharap Menteri Pendidikan Fadhliana Sidek dapat memberikan lebih autonomi kepada akar umbi dalam merancang sesi pengajaran.
Krisis Myanmar: Rampasan kuasa sebabkan perang kembali selepas 25 tahun
Ini membuatkan generasi baru penduduk kampung di Myanmar dan Thailand melarikan diri untuk berlindung daripada peluru dan bom.
Sabah Memilih: Belum ada rundingan penggunaan satu logo - Hajiji
Masih belum ada sebarang kata putus sama ada penggunaan logo atau bendera Perikatan Nasional (PN) akan digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Trump tandatangani perintah lucut status khas Hong Kong
Langkah diambil berikutan keputusan China menguatkuasakan undang-undang keselamatan Hong Kong yang mencetuskan kontroversi.
PRK Kimanis: Kes mahkamah tak jejas semangat Bung Moktar
Kes mahkamah yang dikaitkan berhubung pelaburan Felcra tidak melenturkan semangat Bung Moktar membantu jentera Barisan Nasional.
PAU2019: UMNO Sabah diberi kuasa autonomi, tentu hala tuju sendiri
Peralihan tersebut memaktubkan kewujudan UMNO Sabah sebagai sebuah entiti politik yang berautonomi.
Sabah harap permohonan pindah kuasa lesen pelancongan akan berhasil
MOTAC berkata penyerahan kuasa kepada negeri belum dapat dilaksanakan, memandangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam rundingan.