IPOH: Polis Perak akan melengkapkan siasatan berhubung kes runtuhan batu kuari di sini dengan segera, bagi membolehkan dua mangsa yang masih tertimbus diisytiharkan sebagai meninggal dunia.
Setelah kertas siasatan itu lengkap dan dibawa kepada pihak koroner, maka proses bagi mengeluarkan sijil kematian dapat dilakukan, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid.
"Insiden ini sudah hampir dua bulan dan saya fikir semua sudah maklum, kedua-dua mangsa tersebut tidak mungkin dapat diselamatkan lagi, cuma tak jumpa mayat saja lagi.
"Saya ada berbincang dengan Ketua Polis Daerah Ipoh tempoh hari supaya lengkapkan siasatan segera, supaya kita boleh bawa kertas siasatan kepada pihak koroner.
"Apabila siasatan ini lengkap, kita akan hantar kepada koroner, dengan saranan supaya kedua-dua mangsa yang terlibat diisytiharkan sebagai meninggal dunia atau sijil kematian dapat dikeluarkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 18 Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak di Plaza Tol Ipoh Selatan arah utara, di sini, hari ini.
BACA: Kuari runtuh: Belum putus henti operasi mencari
BACA: Runtuhan kuari: UTP bantu operasi pencarian dua mangsa tertimbus
Mior Faridalatrash berkata, perkara itu sekali gus dapat meringankan beban keluarga bagi memudahkan proses membuat tuntutan insurans dan Perkeso kelak.
"Tanpa sijil kematian, bayaran untuk tuntutan yang berkenaan sukar dibuat. Jadi, dengan cara ini, kita boleh meringankan beban ahli keluarga mangsa.
"Bagaimanapun, sekarang kita masih lagi dalam proses untuk cuba mengeluarkan mangsa yang terlibat. Belum membuahkan hasil, walaupun banyak usaha dan letupan dibuat di situ (kuari).
"Selepas ini kita akan berbincang dengan agensi terbabit, mungkin Pegawai Daerah yang mempengerusikan Jawatankuasa Bencana Daerah boleh beri pandangan masing-masing, sama ada perlu atau tidak untuk teruskan pencarian mangsa," tambahnya.
Katanya, melalui perbincangan tersebut, satu keputusan tepat dapat dibuat berhubung perkara itu.
"Kadang-kadang benda ini (proses pencarian) kalau kita berhenti, memang begitu sensitif kepada keluarga.
"(Mereka akan tanya) Kenapa tak cari dan sebagainya. Ia sangat sensitif kepada keluarga mangsa. Kita kena cari satu keputusan tepat menerusi jawatankuasa terbabit sama ada perlu teruskan atau sebaliknya," jelasnya.
BACA: Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus
BACA: Runtuhan kuari: MB Perak sangkal dakwaan abai kebajikan keluarga mangsa
Sebelum ini media melaporkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan mengadakan perbincangan dengan Polis Perak mengenai status operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Mac lepas.
Pengarah JBPM Perak Azmi Osman berkata perbincangan itu bagi menentukan sama ada mahu meneruskan atau menutup sepenuhnya operasi tersebut yang kini masih terus dilaksanakan dalam skala kecil sahaja.
Aida Aziz
Fri Apr 29 2022

Mior Faridalatrash berkata, dengan mengisytiharkan kematian mangsa, ia dapat meringankan beban keluarga bagi memudahkan proses membuat tuntutan insurans dan Perkeso. - Gambar fail BERNAMA

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.

Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Anak menteri kahwin di negara jiran, sorok daripada keluarga - KPN
Polis mengesahkan sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah selepas mereka berkahwin di negara jiran pada September lalu.

Polis rekod RM95 juta kerugian jenayah komersial di Pahang pada 2024
Sebanyak 2,263 kes jenayah komersial direkodkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM95 juta pada tahun lepas.

Kematian empat ekor kucing akibat serangan haiwan liar - Polis
Tiada unsur penderaan dalam kes kematian empat ekor kucing yang dilaporkan di Universiti Malaya sejak Disember lalu.

Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.

Polis dituduh bunuh pelajar: Kertas siasatan diambil alih Bahagian Siasatan Daerah Ipoh - Saksi
Mahkamah diberitahu bahawa kertas siasatan kes polis didakwa membunuh pelajar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie telah diambil alih pihak Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh.

12 kertas siasatan terhadap GISB di Negeri Sembilan dibuka - Aminuddin
Sebanyak tujuh daripada 12 kertas siasatan berhubung syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Negeri Sembilan telah didakwa di mahkamah.