PUTRAJAYA:Jemaah menteri yang mengadakan lawatan rasmi ke luar negara perlu mematuhi syarat ketat bagi mendapatkan pengecualian memendekkan tempoh kuarantin kepada tiga hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata jika gagal mematuhi syarat ditetapkan mengikut Seksyen 29 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021, mereka perlu melengkapkan tempoh kuarantin selama 10 hari.
Dr Noor Hisham berkata syarat itu termasuk mengemukakan permohonan kepada Kabinet sebelum membuat perjalanan
"Apabila Kabinet luluskan, kami akan melihat jadual (lawatan), prosedur operasi standard (SOP) dan (perjalanan) untuk urusan rasmi sahaja serta jadual dikemukakan untuk kedua-dua pihak (dari Malaysia dan negara dilawati).
"Kita juga akan melihat kepada aktiviti-aktiviti yang ringkas, padat dan tidak libatkan orang ramai seperti di tempat awam," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, di sini hari ini.
BACA: COVID-19: Tempoh pemerhatian menteri pulang dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari
Dr Noor Hisham berkata pemohon juga perlu menjalani saringan COVID-19 sebelum dan selepas pulang dari lawatan rasmi serta menggunakan pesawat peribadi untuk lawatan berkenaan, manakala penggunaan pesawat komersial tidak akan dipertimbangkan.
"Mereka (jemaah menteri) akan menjalani perintah pemerhatian sekurang-kurangnya tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang lain. 'Atau' itu mungkin tujuh hari, 14 hari atau mungkin dilanjutkan sampai 21 hari," katanya.
Mengenai lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jakarta, Jumaat lalu, Dr Noor Hisham berkata Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum bertolak pada 3 Feb iaitu sebelum berlepas pada keesokan harinya, sebaik tiba di Jakarta dan pulang ke tanah air.
Menurutnya, beliau juga telah mengeluarkan Perintah Pengawasan Di Rumah (HSO) terhadap Perdana Menteri.
"Ujian calitan juga dijalankan hari ini iaitu hari kelima dan (beliau) akan lengkapkan jadual kuarantin untuk tempoh tujuh hari, jadi tiga campur tujuh bermakna 10 hari," katanya.
Dr Noor Hisham berkata jika terdapat perjanjian laluan hijau timbal balik(RGL), ujian saringan tetap akan dilakukan.
"Contohnya dengan negara jiran, ujian calitan tetap dilakukan tetapi tidak perlu jalani kuarantin. Tetapi sekarang ini jemaah menteri mesti dikuarantin minimum tiga hari atau diletakkan di bawah pengawasan sehingga dilepaskan tanpa membahayakan orang lain," katanya.
Ditanya sama ada Seksyen 29 Akta 342 berkenaan terpakai kepada orang awam, Dr Noor Hisham berkata, ia boleh dipertimbangkan dengan syarat ketat.
"Tempoh kuarantin akan dilanjutkan kepada 10 hingga 14 hari sekiranya negara tersebut berisiko tinggi seperti Afrika Selatan dan sebagainya," katanya.
Pada Isnin, warta kerajaan persekutuan yang ditandatangani Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba disiarkan menerusi laman sesawang Jabatan Peguam Negara memberi pengecualian kepada jemaah menteri untuk tidak menjalani kuarantin wajib 10 hari berkuat kuasa pada Selasa sehingga 1 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021

Dr Noor Hisham berkata syarat itu termasuk mengemukakan permohonan kepada Kabinet sebelum membuat perjalanan. - Gambar fail/BERNAMA

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.

Menteri ada bidang kuasa lantik, tamat perkhidmatan Ketua Pengarah Tourism - KSN
Mohd Zuki berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).

Fadhlina, Dr Zaliha, Tengku Zafrul ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini hingga 7 Mac.

Rombakan Kabinet: DAP hargai sikap dan kenyataan Sivakumar
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan Sivakumar tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

Ketirisan dana awam: Tindakan tegas ke atas pegawai, menteri salah guna kuasa - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau menteri yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan ketirisan dana awam.

Polis buru suspek letak senjata depan rumah Menteri Kehakiman Korea Selatan
Suspek disyaki menggunakan tangga dan laluan yang tidak dapat dilihat oleh CCTV untuk memasuki kawasan rumah menteri itu.

Pesawat terhempas Elmina: Menteri, timbalan menteri, MB zahir takziah kepada keluarga mangsa
Menteri, timbalan menteri dan menteri besar hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina.

Tiada menteri Kerajaan Perpaduan menyalahi tata kelola, tadbir urus
"Belum ada kes menteri yang amalkan gelojoh nafsu serakah yang lama untuk menyakau mana-mana kontrak (kerajaan)."

Jemaah B40, M40, T20... ini cara Tabung Haji kenal pasti - Menteri
Bakal jemaah haji dalam kategori B40 dan M40 dikenal pasti melalui senarai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).