KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya melepasi sasaran 80 peratus penduduknya lengkap divaksinasi apabila 85 peratus penduduk dewasanya menerima dua dos vaksin setakat hari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia menjadikan Kuala Lumpur sebagai wilayah kedua selepas Labuan yang mencapai sasaran itu.
"Kuala Lumpur pada hari ini telah berjaya melengkapkan 80 peratus dua dos iaitu 85 peratus daripada jumlah penduduk dewasa di Kuala Lumpur. Kita telah meletakkan sasaran 80 peratus dua dos di Kuala Lumpur menjelang akhir Ogos, namun dengan kerjasama semua kita telah mencapai 85 peratus pada hari ini selepas Wilayah Persekutuan Labuan yang mencapai 80 peratus imuniti kelompok daripada jumlah penduduk dewasa iaitu pemberian vaksin dua dos," katanya semasa membuat pengumuman itu di Rumah Prihatin di Hotel Grand Season di sini pada Ahad.
Ujarnya, ia merupakan suatu perkara yang sangat membanggakan dan tidak mungkin akan dapat dicapai tanpa kegigihan barisan hadapan, petugas di pelbagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Wilayah Persekutuan.
"Seperti yang kita tahu, ada 196 PPV termasuk enam PPV mega, satu PPV mobile, satu PPV pandu lalu, satu PPVACC, 155 PPV Klinik Swasta, 25 PPV di hospital Swasta, 3 PPVIN dan 4 SPPV yang telah melaksanakan 2,568,340 populasi dewasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan dos vaksin pertama dan 1,545,395 lagi telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.
"Walaupun trend kes harian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih lagi menunjukkan
peningkatan, namun peratusan kes tertinggi yang dilaporkan semalam adalah daripada kategori 1
dan 2 iaitu 2,001 kes (96.0%) selebihnya, iaitu 4.0% atau 78 kes adalah dalam kategori 3, 4 dan 5.
Dengan adanya imuniti kelompok bilangan kes yang melibatkan kontak rapat dalam kalangan
komuniti dapat dikurangkan," ujarnya.
Ia turut memberi harapan kepada Kuala Lumpur untuk beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara seperti Labuan.
Bagaimanapun, ia bergantung kepada penilaian dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Melalui kejayaan ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh membuat persiapan untuk beralih
ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara supaya kegiatan ekonomi boleh kembali beroperasi seperti sedia kala secara berperingkat selaras dengan lebih daripada 40 peratus penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima dos lengkap vaksin," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Annuar berkata, pihaknya bercadang untuk membuka lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial di Kuala Lumpur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Untuk tujuan itu, saya bercadang untuk membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat, Ahli-ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan tanpa mengira parti politik untuk membantu Wilayah Persekutuan menggubal strategi-strategi pemulihan secara keseluruhannya.
"Kuala Lumpur perlu membuat persiapan untuk ada semakan semula kepada semua prosedur dan semua kawalan aktiviti supaya mempunyai catalyst agar kita dapat melipatgandakan pertumbuhan Kuala Lumpur sebab kita perlu bersaing dengan negara lain," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Sun Aug 15 2021
Annuar berkata, pihaknya bercadang untuk membuka lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial di Kuala Lumpur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. - Foto Astro AWANI
India akan belanja US$1.2 bilion dalam tujuh tahun bagi kurangkan import minyak makan
Kerajaan India pada Khamis meluluskan inisiatif untuk meningkatkan minyak bijian domestik kepada 69.7 juta tan menjelang 2030-31.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.