Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) menyasarkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai kawasan bebas daripada pembuangan sampah haram menjelang hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, buat masa ini, PPSPPA telah mengenalpasti kira-kira 140 kawasan pembuangan sampah haram di Kuala Lumpur.
"Perbadanan akan menggunakan pendekatan 'Bersih, Meletakkan Amaran dan Kawalan' bagi mencapai sasaran ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Transformasi Minda Masyarakat anjuran PPSPPA di sini Selasa.
Beliau berkata pendekatan itu terbukti berkesan dan dalam tempoh dua bulan sahaja pihaknya berjaya menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri sifar sampah haram.
Katanya sehubungan itu masyarakat perlu mengubah persepsi mereka terhadap penjagaan alam sekitar.
"Perubahan sikap, mentaliti dan tanggungjawab perlu diterapkan didalam jiwa setiap individu supaya matlamat ke arah peningkatan kualiti alam sekitar dapat dicapai," katanya.
Bengkel ini merupakan sebahagian daripada program dibawah Pelan Strategik PPSPPA 2014-2020 yang dirangka bagi mencapai visinya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sentiasa bersih dan sejahtera menjelang 2020.
Ab Rahim berkata bengkel itu disertai 45 pakar dari pelbagai bidang antaranya dalam pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan dalam bidang sosial.
"Diharap bengkel ini akan dapat mengupas kelemahan dari kempen-kempen terdahulu dan mewujudkan satu kaedah penyampaian kempen yang lebih berkesan selain memperkasakan pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang," katanya.
Bengkel itu juga adalah pertama seumpamanya diadakan di Malaysia bagi tujuan mengubah minda masyarakat kepada minda kelas pertama.
Bernama
Tue Apr 29 2014
![Kuala Lumpur bebas longgokan sampah haram menjelang hujung tahun ini Kuala Lumpur bebas longgokan sampah haram menjelang hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/61398770298_295x200.jpg)
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah mengenalpasti kira-kira 140 kawasan pembuangan sampah haram di Kuala Lumpur.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![KL tersenarai dalam lonjakan 10 terbesar indeks daya huni - Kajian EIU KL tersenarai dalam lonjakan 10 terbesar indeks daya huni - Kajian EIU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702741839_TBKualaLumpur.jpg)
KL tersenarai dalam lonjakan 10 terbesar indeks daya huni - Kajian EIU
Kuala Lumpur tersenarai dalam kalangan 10 bandar di seluruh dunia yang merekodkan lonjakan terbesar dalam indeks daya huni global 2023.
![Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51656761640_PeniagaKLPKS.jpg)
Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis
DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.
![Istana Negara, bangunan ikonik sekitar KL bersolidariti nyalakan cahaya jingga malam ini Istana Negara, bangunan ikonik sekitar KL bersolidariti nyalakan cahaya jingga malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663426299_TBKLINORANGE.jpg)
Istana Negara, bangunan ikonik sekitar KL bersolidariti nyalakan cahaya jingga malam ini
Sinaran cahaya jingga menerangi tiga lokasi strategik di sekitar Istana Negara bermula 8 hingga 10 malam iaitu Pintu Gerbang Utama, Dataran Kawad dan Kubah Anjung Utama.
![Paip pecah, 15 kawasan di KL akan alami gangguan bekalan air Paip pecah, 15 kawasan di KL akan alami gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648545550_watertap.jpg)
Paip pecah, 15 kawasan di KL akan alami gangguan bekalan air
Sebanyak 15 kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Rumah Pam Pudu Ulu Baru, Taman Pertama di sini hari ini..
![Pemantauan SOP di lokasi tumpuan awam di KL, Putrajaya ditingkatkan - Shahidan Pemantauan SOP di lokasi tumpuan awam di KL, Putrajaya ditingkatkan - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631786766_TBTanggaPJ.jpg)
Pemantauan SOP di lokasi tumpuan awam di KL, Putrajaya ditingkatkan - Shahidan
Pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi tumpuan awam ditingkatkan susulan peralihan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), pada 10 Sept lepas.
![PKPD: Ini perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan PKPD: Ini perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618746381_DatukSeriIsmailSa.jpg)
PKPD: Ini perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan
Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my.
![PKPD di 14 lokaliti Kuala Lumpur, 8 daerah dan 34 mukim di Selangor mulai 3 Julai PKPD di 14 lokaliti Kuala Lumpur, 8 daerah dan 34 mukim di Selangor mulai 3 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623164771_AnggotaRela.jpg)
PKPD di 14 lokaliti Kuala Lumpur, 8 daerah dan 34 mukim di Selangor mulai 3 Julai
Arahan PKPD berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai 2021.
![Enam lokaliti di KL dan Sabah dikenakan PKPD Enam lokaliti di KL dan Sabah dikenakan PKPD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622983550_PKPDP.jpg)
Enam lokaliti di KL dan Sabah dikenakan PKPD
PKPD ini dilaksanakan bagi memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.
![Sasaran 80 peratus penduduk KL, Putrajaya divaksinasi seawal Ogos akan dicapai - Annuar Sasaran 80 peratus penduduk KL, Putrajaya divaksinasi seawal Ogos akan dicapai - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624546191_AnnuarMusa.jpg)
Sasaran 80 peratus penduduk KL, Putrajaya divaksinasi seawal Ogos akan dicapai - Annuar
Kerajaan yakin sasaran untuk memvaksin 80 peratus penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya sekali gus mencapai imuniti kelompok lebih awal.
![Hari pertama 'total lockdown', Kuala Lumpur lengang Hari pertama 'total lockdown', Kuala Lumpur lengang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622560867_KLlengangAstro.jpg)
Hari pertama 'total lockdown', Kuala Lumpur lengang
Biasanya, waktu petang di Kuala Lumpur, tambahan pula pada hari bekerja, kawasan di sana-sini sesak.