Spekulasi sama ada Datuk Bandar Kuala Lumpur sedia ada bakal digantikan kini terus bertambah hangat.
Hal ini kerana Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dikatakan bakal bersara awal pada penghujung bulan depan.
Mhd Amin Nordin, 63, sepatutnya bersara pada 18 Julai 2017 namun perkhidmatannya disambung kerajaan terdahulu secara kontrak selama dua tahun sehingga Julai 2019.
Menurut sumber, beliau dinasihatkan untuk menamatkan kontraknya dan bersara awal pada bulan depan, setelah kerajaan Pakatan Harapan menyatakan berhasrat untuk meletakkan calon bagi menggantikan beliau.
Namun, Mhd Amin Nordin ketika dihubungi media baru-baru ini terus mengunci mulut mengenai perkara ini.
"Anda akan tahu kemudian, tunggu dan lihat sahaja," katanya secara ringkas.
Mhd. Amin Nordin, Datuk Bandar ke-11 itu mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam pentadbiran kerajaan tempatan dan pengurusan perbandaran, terutamanya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai timbalan pengarah di Jabatan Landskap DBKL pada 1978 ketika berusia 22 tahun.
Beliau juga merupakan antara pegawai yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran seramai 10 orang Datuk Bandar Kuala Lumpur, termasuk di bawah Allahyarham Tan Sri Elyas Omar sebagai pegawai khasnya selama empat tahun.
Terdapat desas-desus bahawa sudah ada lima nama disenarai pendek untuk memikul tanggungjawab Datuk Bandar ke-12.
Antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Mhd Amin adalah bekas Yang dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.
Nor Hisham bersara pada Mei tahun lepas selepas dua tahun memegang jawatan tersebut sejak 2014 dan disambung menerusi kontrak selama satu tahun atas kecemerlangan beliau di MPSJ.
Beliau mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam pelbagai agensi kerajaan di peringkat pusat dan negeri antaranya Pejabat Tanah Daerah Gombak, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Anggota parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang juga bekas anggota lembaga pengarah DBKL tidak menafikan atau mengiyakan tentang pelantikan Datuk Bandar yang baharu ketika diminta mengesahkan perkara itu.
Katanya beberapa mesyuarat ataupun acara-acara khas DBKL jarang kelihatan lagi keterlibatan Datuk Bandar sejak kebelakangan ini kerana sering diganti oleh pengarah-pengarah eksekutifnya.
"Saya ada mendengar bahawa beliau dinasihatkan untuk bersara awal namun tidak pasti lagi kerana DBKL masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
"Walau bagaimanapun, Datuk Bandar harus digantikan dengan calon yang boleh serasi dengan Kementerian Wilayah dari segi pembangunan ibu kota dan bukan hanya menjadi 'pak turut' kepada menteri sahaja," kata Tan.
Beliau berkata jawatan Datuk Bandar ibarat 'kerusi panas' kerana tanggungjawab dan cabaran yang perlu dipikul dalam menguruskan hal-hal perbandaran dan pembangunan ibu kota.
"Datuk Bandar bukan sahaja seorang individu yang berintegriti dalam melaksanakan tugas, tetapi juga perlu sedia mendengar suara hati warga kota di pelbagai pe-ringkat selain menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) terbesar dalam membuat keputusan," katanya.
"Sebelum ini, Datuk Bandar dilihat hanya menjadi pak turut kepada kementerian Wilayah Persekutuan kerana beliau dilihat tidak boleh membuat keputusan sendiri dan segala projek ataupun rancangan-rancangan pembangunan ibu kota mendapat kelulusan terus daripada menteri.
"Namun, segala keputusan mengenai pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah tertakluk kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong," kata Tan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
![Kuala Lumpur akan mendapat datuk bandar baharu? Kuala Lumpur akan mendapat datuk bandar baharu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449504349_MHDAMINNORDIN.jpg)
Mhd. Amin Nordin, Datuk Bandar ke-11 itu mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam pentadbiran kerajaan tempatan dan pengurusan perbandaran, terutamanya di DBKL. - Gambar fail
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![EURO 2024: Selamat bersara Toni Kroos! EURO 2024: Selamat bersara Toni Kroos!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720219771_tbToniKroos.jpg)
EURO 2024: Selamat bersara Toni Kroos!
Toni Kroos sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak apabila perlawanan awal pagi tadi menjadi aksi terakhir dalam kariernya.
![Jun Hoong sedia jadi jurulatih Jun Hoong sedia jadi jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719147679_tbCheongJunHoong.jpg)
Jun Hoong sedia jadi jurulatih
Namun, buat masa ini, beliau belum mempertimbangkan perkara itu secara serius kerana fokusnya adalah untuk menamatkan pengajian di IPT.
![Millenia Village... syurga persaraan bercirikan kelestarian, gaya hidup aktif Millenia Village... syurga persaraan bercirikan kelestarian, gaya hidup aktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718384049_ResortNicky.jpg)
Millenia Village... syurga persaraan bercirikan kelestarian, gaya hidup aktif
Fasiliti moden disuntik elemen 'zen' ala resort dibina khusus buat mereka di usia emas dan sebagai kesediaan negara berdepan status 'menua.'
![Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716365659_TanWeeKiong.jpg)
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
![Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716337895_KimberlyBong.jpg)
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
![Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota! Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714729407_KentoMomotajpg.jpg)
Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.
![Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713346457_DatukArhamjpg.jpg)
Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham
Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan MIDA pada 1967.
![Matyo sudah gantung but? Matyo sudah gantung but?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713178670_TBMatyo.jpg)
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
![Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara... Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712116716_TBmesutoziljpg.jpg)
Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
![Kelayakan Piala Dunia: 'Sergio Ramos China' bersara akibat terlalu kecewa Kelayakan Piala Dunia: 'Sergio Ramos China' bersara akibat terlalu kecewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711181587_ZhangLinpeng.jpg)
Kelayakan Piala Dunia: 'Sergio Ramos China' bersara akibat terlalu kecewa
Ketua pasukan China, Zhang Linpeng sukar menerima hakikat kegagalan pasukan kebangsaannya membenam Singapura kelmarin.