ANDY MURRAY menutup kariernya sebaik perjuangannya dengan Dan Evans dalam Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir secara straight set di tangan beregu tenis lelaki Amerika Syarikat (AS), Tommy Paul-Taylor Fritz.

Pemenang dua pingat emas itu melepasi sudah dua ranjau dalam temasya ini tetapi keajaiban tidak lagi mengiringinya kali ini apabila tumpas 2-6, 4-6 dalam suku akhir, awal pagi tadi.

Murray dan Evans mengalami mimpi ngeri dalam set pembukaan dan walaupun memperkemaskan permainan dalam set kedua, Paul dan Fritz akan sekali lagi menyerlahkan kehandalan mereka apabila mendahului 5-2.

Tetapi seperti yang ditonjolkan dalam pusingan terdahulu, Murray dan Evans mempamerkan semangat juang tinggi untuk menyamakan kedudukan selepas menyelamatkan satu mata dalam game kelapan.

Bagaimanapun, servis kencang Fritz seperti yang ditonjolkan sepanjang kempen di Court Suzanne Lenglen jelas sukar dibendung.

Justeru, Paul dan Fritz akan menentang gandingan Matthew Ebden-John Peers untuk kelayakan ke final dan berpeluang mengatur pertemuan dengan rakan senegara, Austin Krajicek dan Rajeev Ram.

Tonton strim langsung Sukan Olimpik Paris 2024 di Astro, Astro GO, and sooka.

*Artikel disiarkan di Stadium Astro