Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menyediakan perkhidmatan KTM komuter 24 jam tanpa henti bermula 7 hingga 10 Februari ini sempena sambutan Thaipusam.
Ketua Kawalan Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha berkata 310 perkhidmatan komuter tambahan turut disediakan tahun ini, menjadikan sejumlah 832 perkhidmatan kesemuanya bagi tempoh empat hari tiga malam itu khusus untuk kemudahan pengguna dan pengunjung dari dalam dan luar negara.
"Perkhidmatan ini bermula pada 7 Feb (Jumaat) 5.45 pagi dan tamat pada 10 Februari (Isnin) 9.36 malam, yang mana komuter bagi laluan ke dan dari Stesen Batu Caves akan ditambah serta dilanjutkan waktu operasinya sempena Thaipusam. Ini membabitkan Laluan Batu Caves-Seremban-Batu Caves serta Laluan Pelabuhan Klang-Kl Sentral-Pelabuhan Klang dengan kekerapan perkhidmatan tren bagi setiap 30 minit.
"Sebanyak 24 stesen akan dibuka sepanjang tempoh ini antaranya melibatkan stesen Batu Caves, Taman Wahyu, Sentul, Kuala Lumpur Sentral, Nilai dan Seremban. Namun tiada perkhidmatan tren tambahan ke dan dari stesen Laluan Tanjung Malim-Segambut-Tanjung Malim," katanya pada sidang media Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2020 di sini, hari ini.
Beliau berkata bagi memudahkan penumpang yang akan berkunjung ke Batu Caves tahun ini, KTMB akan membuka Platfrom 2 di Stesen Batu Caves buat pertama kalinya bagi memastikan kelancaran aliran keluar masuk penumpang, yang mana ia dikhususkan bagi penumpang yang menggunakan komuter di Laluan Batu-Caves-Sentul-Batu Caves.
"Komuter Shuttle di antara Stesen Batu Caves dan Sentul ini akan disediakan dengan kekerapan 30 minit, sementara KTMB turut menyediakan bas pengantara di Stesen Sentul bagi penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Stesen KL Sentral dengan tambang RM1 bagi penumpang dewasa manakala percuma bagi kanak-kanak bawah 12 tahun pemegang tiket konsesi dua hala (warga emas dan Orang Kurang Upaya)," jelas Mohd Zain.
Jelasnya, seramai 350 orang kakitangan KTMB akan bertugas bagi memastikan kelancaran semua perkhidmatan komuter dan pergerakan penumpang, di samping bekerjasama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pasukan pertolongan cemas St. John Ambulans.
"Malahan kita turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (sari segi) tinjauan kesihatan dan aspek keselamatan penumpang di stesen-stesen kita susulan laporan mengenai jangkitan 2019 novel Koronavirus di Malaysia. Oleh itu penumpang dinasihatkan sentiasa membawa dan memakai topeng muka bagi menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 30 2020
Bagi memudahkan penumpang yang akan berkunjung ke Batu Caves tahun ini, KTMB akan membuka Platfrom 2 di Stesen Batu Caves buat pertama kalinya. - Gambar hiasan
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Kepengerusian ASEAN: Kementerian Perpaduan anjur pelbagai program perkukuh perpaduan serantau
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan pelbagai program bagi memperkukuh perpaduan serantau sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.
Perkhidmatan kereta api UK lumpuh akibat kerosakan sistem komunikasi
Perkhidmatan kereta api di seluruh Britain tergendala berikutan kerosakan sistem komunikasi pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan National Rail.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Banjir: KTMB batal 12 laluan ke Pantai Timur
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membatalkan 12 laluan perkhidmatan tren Pantai Timur susulan banjir yang melanda ketika ini.
Pekerja infrastruktur kereta api UK adakan mogok 24 jam
Pekerja infrastruktur kereta api di United Kingdom (UK) akan mengadakan mogok selama 24 jam pada Sabtu berikutan pertikaian berkaitan amalan kerja.
Empat orang cedera diserang dengan kapak dalam kereta api Perancis
Empat orang cedera diserang dengan kapak kecil di dalam sebuah kereta api tempatan di kawasan Paris.
Kereta api bawa bahan api tergelincir di Sri Lanka selepas bertembung gajah
Empat gerabak tangki bahan api tergelincir akibat pelanggaran itu, menyebabkan kerosakan besar pada landasan kereta api.
Pihak Berkuasa Pengangkutan Singapura siasat gangguan perkhidmatan kereta api enam hari
Gangguan yang berlaku dari 25 hingga 30 September itu menjejaskan penumpang dan siasatan dijangka selesai dalam beberapa bulan.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
4 maut ditembak dalam kereta api di Chicago
Menurut laporan polis, kesemua mangsa dipercayai ditembak ketika sedang tidur di tempat duduk mereka.