KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) telah meminta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan percuma kepada pesakit kanser kanak-kanak dan penjaga.
Menterinya Anthony Loke berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan perjalanan pesakit dan penjaga yang perlu menerima rawatan di ibu kota terutamanya mereka yang berasal dari Semenanjung.
"Saya difahamkan ramai pesakit dari negeri-negeri perlu datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan...di Semenanjung, kita (MOT) boleh tawarkan perkhidmatan kereta api (percuma) dan saya telah minta Ketua Setiausaha MOT untuk buat susulan dengan KTMB mengenai perkara ini.
"Dari segi mekanisme, MOT boleh aturkan dengan KTMB dan itu sesuatu yang boleh kita laksanakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Childhood Cancer Support (CANSupport) di sini hari ini.
Loke berkata MOT dan KTMB perlu mencari kaedah integrasi antara aplikasi CANSupport dan KTMB Mobile bagi membolehkan golongan terlibat memanfaatkan perkhidmatan tersebut.
"Jadi apabila mereka datang untuk rawatan, mereka boleh tempah tiket melalui aplikasi itu. Kita perlu memahami mekanisme tersebut lebih lanjut dan bagaimana kita mahukan bantuan ini disalurkan dengan mudah," katanya.
Aplikasi CANSupport merupakan kerjasama antara Tata Consultancy Services Malaysia dengan Malaysia Aviation Group (MAG) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Dalam pada itu, Loke berkata MAG melalui Malaysia Airlines telah bersetuju memberikan sumbangan penerbangan percuma kepada pesakit kanser kanak-kanak terutamanya dari Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan rawatan di ibu negara.
Beliau turut mengalu-alukan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing dan teksi untuk menyokong inisiatif tersebut dengan menawarkan perkhidmatan sama kepada golongan terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Anthony Loke berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan perjalanan pesakit dan penjaga yang perlu menerima rawatan di ibu kota terutamanya mereka yang berasal dari Semenanjung. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.

KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.

KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina.

Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.

KTMB perkenal tren MySawasdee edisi Pulau Pinang mulai 29 Dis ini
Tambang sehala adalah RM45, dengan perhentian di stesen utama seperti Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.