Berikut merupakan kronologi peristiwa sepanjang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang melibatkan anggaran 50,000 peserta di Stadium Merdeka pada hari Sabtu.
9 pagi: Sejumlah besar peserta ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’ mula berkumpul di beberapa lokasi di pusat bandaraya antaranya Pasar Seni, Brickfields dan sekitar KLCC.
11.50 pagi: Kumpulan besar peserta ini kemudiannya mula berarak dari lokasi masing-masing ke parkarangan Stadium Merdeka.
12.45 tengah hari: Peserta kemudiannya dibenarkan memasuki stadium.
1.50 petang: Perhimpunan bermula dengan ucapan aluan daripada penganjur ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’ Mohamad Sabu dan diikuti oleh ucapan dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersama Bersih Datuk S.Ambiga.
Terdapat 21 pertubuhan NGO termasuk NGO dari Orang Asli memberi ucapan sepanjang perhimpunan tersebut.
95 peratus dari peserta memenuhi stadium sementara selebihnya terpaksa berdiri di luar stadium.
5 petang: Perhimpunan berakhir dengan aman. Polis mengesahkan lebih kurang 40,000 peserta berada dalam stadium sementara 10,000 lagi berada di luar stadium.
Astro Awani
Sat Jan 12 2013
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat
Kronologi peristiwa sepanjang Himpunan Kebangkitan Rakyat pada hari Sabtu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Orang Asli hadir untuk pertahankan hak
Sekumpulan Orang Asli dari Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, telah mengembara lebih 300km dari halaman mereka di Kampung RPS Dala ke KL untuk menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Penganjur setuju syarat pengurusan stadium
Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat bersetuju dengan syarat pengurusan Stadium Merdeka untuk menjaga harta benda stadium bersejarah itu.
Himpunan Kebangkitan Rakyat tidak bercadang tukar lokasi
Jawatankuasa induk Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari depan tidak bercadang menukar lokasi himpunan