Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat bersetuju dengan syarat pengurusan Stadium Merdeka untuk menjaga harta benda stadium bersejarah itu pada perhimpunan esok.
Perkara itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Stadium Merdeka.
Menurut anggota jawatankuasa penganjur, Hishamuddin Rais, pihak stadium juga bersetuju dengan cadangan menempatkan limpahan peserta di kawasan padang dan tempat letak kereta memandangkan stadium itu hanya mempunyai kapasiti 30 ribu tempat duduk.
Pihak penganjur turut bersetuju untuk membayar sejumlah RM75,000 sebagai bayaran bagi menyewa stadium berkenaan.
Pengurusan stadium, Merdeka Heritage Trust sebelum ini memaklumkan mereka tiada halangan meluluskan permohonan pihak penganjur menggunakan Stadium Merdeka bagi perhimpunan 12 Januari ini.
Bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat-syarat penggunaan stadium yang telah ditetapkan.
Astro Awani
Fri Jan 11 2013
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Penganjur setuju syarat pengurusan stadium
Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat bersetuju dengan syarat pengurusan Stadium Merdeka untuk menjaga harta benda stadium bersejarah itu.