Penyelesaian krisis diplomasi di antara Malaysia dan rejim komunis Korea Utara yang kian memuncak sejak semalam tidak perlu berpandukan Konvensyen Geneva.
Penganalisis Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Azizuddin Mohd Sani menegaskan Kuala Lumpur-Pyongyang bukan dalam fasa peperangan, sebaliknya hanya diselubungi ketegangan.
“Konvensyen Geneva hanya diguna pakai apabila peperangan atau konflik bersenjata.
“Dalam krisis Malaysia-Korea Utara, pelbagai peraturan dan undang-undang antarabangsa lain di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah menggariskan rangka-rangka khusus penyelesaian,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI petang tadi.
Pada masa sama, Azizuddin tidak menolak pendapat bahawa krisis boleh diredakan dengan penglibatan orang tengah.
Namun, ia memerlukan orang tengah yang benar-benar dipercayai dan dipersetujui oleh kedua-dua negara.
“Ya, memang ramai melihat China mampu berperanan sebagai orang tengah kerana hubungan baik dengan Malaysia dan Korea Utara.
“Tetapi, kedua-dua negara perlu selesa dengan negara yang ingin berperanan sebagai orang tengah,” katanya.
Astro Awani
Wed Mar 08 2017

DR AZIZUDDIN: Konvensyen Geneva hanya diguna pakai apabila peperangan atau konflik bersenjata. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Usul ditolak, kerajaan dan PM masih tidak terjejas - Penganalisis
Menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Azizuddin Mohd Sani, perkara seperti yang terjadi di Dewan Rakyat pada Rabu itu sepatutnya tidak berlaku.

Tidak mungkin Malaysia jalin hubungan dengan Israel buat masa ini - Ahli akademik
Jika mahu perubahan dalam pendirian Malaysia, Israel mesti buktikan ia menghormati dan mematuhi undang-undang antarabangsa berhubung kedaulatan Palestin.

Pertemuan rancakkan proses perdagangan Malaysia, Indonesia - Penganalisis
Pertemuan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Indonesia Joko Widodo dilihat proses merancakkan lagi proses perdagangan dua negara di samping menyelesaikan isu COVID-19.

Sungai Kandis dijangka kekal milik PKR - Penganalisis
Menteri Besar yang juga Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari mengakui mempunyai beberapa nama yang sesuai diangkat sebagai calon bagi PRK DUN Sungai Kandis.

Krisis Malaysia-Korea Utara dalam fasa ketegangan, bukan perang - Penganalisis
Pada masa sama, Azizuddin tidak menolak pendapat bahawa krisis boleh diredakan dengan penglibatan orang tengah.

Mustahil lakukan referendum di Malaysia tanpa pindaan perlembagaan - Penganalisis
Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mencadangkan agar referendum diadakan menguji populariti antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PRU14: 'Tokoh baru perlu muncul untuk PAS kekalkan Sungai Limau'
Apakah yang boleh dipelajari daripada PRK Sungai Limau? Analisis Awani semalam berbincang tentang keputusan dan kesinambungan daripada pilihan raya tersebut.

Pertembungan menarik PRK Sg. Limau - Penganalisis
Penganalisis Politik UUM, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melihat pertembungan di DUN Sungai Limau sangat menarik diperhatikan.