PELABUHAN KLANG: Kementerian Pengangkutan setakat ini tidak menerima sebarang maklum balas negatif daripada pihak industri import dan eksport berhubung isu kenaikan kos penghantaran berikutan krisis di Laut Merah.
Menterinya Anthony Loke berkata bagaimanapun pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan pemain industri yang terlibat dalam sektor tersebut dari semasa ke semasa, bagi mengenal pasti jenis mitigasi yang diperlukan untuk membantu mereka.
"Saya berpendapat sebahagian pemain industri yang disebut dalam media, (mereka) boleh ditangani buat masa sekarang.
"Kami harap ini hanya untuk sementara waktu kerana situasi di sana sangat tegang, dan saya rasa terdapat usaha dari negara lain untuk cuba mendapatkan kawalan keselamatan yang lebih baik di sana," katanya.
Loke berkata demikian selepas majlis perasmian pelabuhan pelayaran antarabangsa pertama negara, kapal Costa Serena di Port Klang Cruise Terminal (PKTC) di sini hari ini.
Pada 15 Jan lepas, Bernama melaporkan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa syarikat perkapalan negara untuk bersedia menghadapi gangguan berpanjangan di Laut Merah, berikutan krisis keselamatan yang semakin buruk di rantau itu sehingga memaksa syarikat kapal melencongkan kapal masing-masing ke laluan yang lebih jauh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Anthony berkata pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan pemain industri yang terlibat dalam sektor tersebut dari semasa ke semasa. - Gambar fail/Astro AWANI
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Ketengah kejayaan kerajaan, bentang inisiatif kepada rakyat
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini bukan sekadar menjadi platform melaporkan kejayaan kerajaan.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Sikap positif PM gambaran keterbukaan terima kritikan
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan perdana menteri dalam menerima kritikan.
Ketua Pengarah JLM didakwa tipu berhubung surat pengecualian minyak gred berat
Mohamad Halim didakwa atas pertuduhan menipu berhubung surat pengecualian kepada syarikat perkapalan untuk membawa minyak gred berat di perairan negara.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Sibu mampu jadi hab pengisian methanol hijau untuk perkapalan antarabangsa
Abang Johari berkata, perkara itu dapat dilakukan atas usaha negeri untuk menghasilkan metanol hijau.
Krisis Laut Merah: Kerajaan tidak terima maklum balas negatif dari pemain industri - Loke
Kementerian Pengangkutan setakat ini tidak menerima sebarang maklum balas negatif daripada pihak industri import dan eksport berhubung isu kenaikan kos penghantaran berikutan krisis di Laut Merah.
ZIM perlu keluarkan 4,000 kontena yang terkandas dalam masa terdekat - Loke
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, perlu mengeluarkan 4,000 kontena kargo transit yang masih terkandas di negara ini terutama di Pelabuhan Klang dalam masa terdekat.
Tentera Yaman beri amaran kepada syarikat kapal bekerjasama dengan Israel
Jurucakap tentera Houthi memaklumkan sedia menyerang kapal tersebut sekiranya mereka melalui Laut Merah.
Syarikat JV MISC dapat lanjutan kontrak lima tahun daripada Shell Brasil
Syarikat perkapalan Malaysia itu berkata dua syarikat JVnya telah menandatangani perjanjian dengan Shell Brasil pada 7 Disember, 2020.
Dua pegawai kanan, tiga pengarah syarikat perkapalan ditahan SPRM
Dua pegawai kanan kerajaan termasuk seorang timbalan ketua pengarah dan tiga pengarah syarikat perkapalan ditahan SPRM.
Pemilik kapal mohon agihan segera peruntukan dalam Belanjawan 2021
Pengerusi MASA Datuk Abdul Hak Md Amin mengakui keperluan setiap industri perlu terus dikaji terutamanya mengenai pembahagian peruntukan.
Pelabuhan di Malaysia bukan tapak pembuangan sampah - Loke
Anthony Loke berkata kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan MESTECC bagi memastikan pelabuhan di Malaysia tidak digunakan oleh kapal untuk menyeludup sisa buangan.