PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyalurkan lebih 120,000 liter air sejak semalam bagi meringankan beban penduduk di sekitar Lembah Kelang yang terjejas akibat krisis air.

Pasukan yang disertai oleh kira-kira 30 pekerja PLUS dan Edgenta PROPEL telah menghantar bekalan air bersih menerusi dua buah lori tangki di kawasan-kawasan terjejas seperti Jalan Kebun, Klang, Shah Alam dan kawasan berhampiran termasuk taman perumahan dan masjid.






Menurut Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mohd Nizam Ismail, penghantaran air dilakukan empat kali sehari ke kawasan-kawasan yang terlibat.

"PLUS amat bersimpati terhadap masalah yang dihadapi penduduk.

"Penghantaran air bersih ini merupakan salah satu usaha kami untuk membantu mereka yang terjejas di persekitaran kawasan operasi jajaran lebuh raya kami," kata beliau dalam suatu kenyataan hari ini.

Program penghantaran air oleh PLUS dilaksanakan sehingga esok (Ahad).

BACA: "Takkan masalah air tak boleh selesai?" - PM Najib