Karnival Rahmah (KR19) yang pertama kali dianjurkan berjaya dalam objektifnya memperkenalkan konsep negara rahmah berasaskan Rahmatan Lil Alamin kepada masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata dengan konsep 'edutainment' KR19 berjaya menarik kehadiran pelbagai kaum sekaligus berpeluang mendapat pendedahan dan menghayati gagasan pentadbiran Islam yang dibawa kerajaan hari ini.
Beliau berkata, kehadiran lebih 100,000 pengunjung termasuk kalangan bukan Islam sepanjang karnival tiga hari itu membuktikan konsep negara Rahmah yang cuba dibawa mula diterima masyarakat pelbagai kaum.
"KR19 adalah karnival terbesar yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) selepas menjadi kerajaan yang mana antara lain turut menggagaskan pentadbiran kerajaan berteraskan negara rahmah.
"Melalui KR19 kita menjelaskan kepada rakyat berkenaan hasrat kerajaan baharu, khususnya dalam aspek pentadbiran Islam iaitu negara rahmah di mana terasnya adalah Rahmatan Lil Alamin," katanya pada sidang penutupan karnival itu di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib Ismail, yang juga pengarah karnival.
Mujahid berkata, dengan menampilkan 29 acara, karnival tiga hari itu juga berjaya dalam misinya menepis prasangka buruk dan seruan kebencian sesama kaum yang dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.
Kehadiran 20 peratus masyarakat bukan Islam juga bukti jelas rakyat lebih cenderung kepada kedamaian, satu daripada intipati negara rahmah, katanya.
Untuk rekod, konsep RAHMAH yang diketengahkan di bawah gagasan Rahmatan Lil Alamin meliputi R iaitu Ramah, A (Aman), H (Harmoni), M (Mesra), A (Alami) dan H (Hormat).
Mujahid berkata dengan sambutan yang diterima, pihaknya bersedia menjadikan penganjuran karnival itu sebagai acara tahunan selain dianjurkan dalam skala kecil di setiap negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019
Mujahid menyampaikan ucapan penutup Karnival Rahmah 2019 di Dataran Putrajaya, 29 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.
Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya
Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan realiti semasa.
Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar
Potensi pelaburan patut syariah kekal kukuh walaupun terdapat ketidakstabilan pasaran dan kadar faedah yang tidak menentu.