KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membantu melancarkan inisiatif penempatan sementara Baitul Mahabbah bagi kanak-kanak warga asing.
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata perbincangan awal sebelum ini telah bersetuju supaya KDN menyediakan premis untuk penempatan sementara manakala KPWKM menawarkan khidmat penjaga.
Beliau berkata ketika ini beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga telah menyatakan kesediaan untuk menerima kanak-kanak warga asing itu di premis mereka.
"Sebenarnya sebelum ini memang KDN sudah berbincang dengan kita (KPWKM) untuk menempatkan di institusi kami, tetapi kalau secara segera itu kami belum mendapat kebenaran lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan jualan RM1 juta Persatuan Pembangunan Artisans (PPA) di sini pada Selasa.
Pada Isnin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata KDN telah membuka penempatan sementara Baitul Mahabbah bagi kanak-kanak warga asing yang sebelum ini ditempatkan di depot imigresen.
Saifuddin berkata Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menempatkan kanak-kanak berumur kurang 10 tahun di penempatan berkenaan, dan sebagai permulaan terdapat 23 kanak-kanak warga asing serta 10 penjaga terdiri daripada ibu kanak-kanak itu berada di pusat tersebut.
Warga asing terlibat dalam inisiatif itu terdiri daripada kanak-kanak dan ibu kanak-kanak dari Depot Imigresen Bukit Jalil, Depot Imigresen Semenyih, Depot Imigresen KLIA dan Depot Imigresen Eco Millennium Beranang.
Mengenai program pada Selasa, Nancy berkata PPA menerusi The Artisans Haven telah mengutip RM1 juta jualan sejak penubuhannya pada 2020.
Beliau berkata hasil jualan itu membuktikan kreativiti serta dedikasi usahawan wanita dan komuniti, selain mencerminkan sokongan pelbagai pihak kepada golongan tersebut.
"Saya difahamkan bahawa 10 peratus dari keseluruhan jualan tersebut datang dari entiti korporat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin menyokong dan memperkasa komuniti wanita dan perniagaan kecil tempatan.
"Sokongan daripada sektor korporat dan SME ini amat bernilai. Ia bukan sahaja membantu mendorong perkembangan usahawan wanita dan komuniti, malah memberikan impak sosial yang positif," katanya.
Justeru, beliau menyeru syarikat korporat lain untuk mengikut jejak langkah sama untuk memperkasakan usahawan wanita, komuniti dan individu yang memerlukan bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
![KPWKM sedia bantu lancarkan Baitul Mahabbah KPWKM sedia bantu lancarkan Baitul Mahabbah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693731057_NancyShukri.jpg)
Nancy Shukri berkata perbincangan awal sebelum ini telah bersetuju supaya KDN menyediakan premis untuk penempatan sementara manakala KPWKM menawarkan khidmat penjaga. - Foto fail/BERNAMA
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Mahkamah Rayuan putuskan dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 sah Mahkamah Rayuan putuskan dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712658182_TBMAHKAMAHPUTRAJAYA.jpg)
Mahkamah Rayuan putuskan dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 sah
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri dan empat lagi untuk mengembalikan semula dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.
![KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720790586_pejabatpasportLapa.jpg)
KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN
Penyampaian perkhidmatan PDRM berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.
![Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720509956_SaifuddinNasutionI.jpg)
Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN
Orang ramai masih boleh membuat laporan dan tiada sebarang halangan selepas waktu itu..
![KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719992825_TBNikYusaimiYussof.jpg)
KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta
Sejumlah 19,924 hasil penerbitan dan alat permainan seks dirampas dalam Ops Cetak 1.0 yang dilaksanakan oleh KDN di seluruh negara.
![Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719657438_MasoudPezeshkian.jpg)
Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai
Keputusan awal dalam Pilihan Raya Presiden ke-14 Iran mendapati Massoud Pezeshkian mendahului setakat ini.
![KDN bangunkan pelan induk kawalan keselamatan sempadan KDN bangunkan pelan induk kawalan keselamatan sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694084663_KDN.jpg)
KDN bangunkan pelan induk kawalan keselamatan sempadan
KDN sedang membangunkan Pelan Induk KDN Berhubung Kawalan Keselamatan Sempadan Negara dalam usaha mengukuhkan lagi keselamatan di sempadan.
![Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719398317_tbSaifuddinNasution.jpg)
Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin
Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menangani sebarang ancaman terutamanya melibatkan elemen kumpulan ekstremis Daesh.
![Laporan JNAS: KDN garis tiga perkara untuk lonjak ke Tahap 1 Laporan JNAS: KDN garis tiga perkara untuk lonjak ke Tahap 1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314089_SaifuddinNasution.jpg)
Laporan JNAS: KDN garis tiga perkara untuk lonjak ke Tahap 1
KDN komited untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang ke Tahap 1.
![Malaysia naik ke Tahap 2 laporan pemerdagangan manusia AS Malaysia naik ke Tahap 2 laporan pemerdagangan manusia AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704448429_TBopskutipjpg.jpg)
Malaysia naik ke Tahap 2 laporan pemerdagangan manusia AS
Peningkatan itu strategik dan signifikan kerana Malaysia sebelum ini dinilai pada Tahap 3 Pemerhatian pada 2023 dan kali terakhir berada di Tahap 2 adalah pada tahun 2017.