JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam proses menyemak semula dasar berkaitan dan amalan imigresen secara agresif sebagai sebahagian daripada strateginya menjadikan negara sebagai hab bakat dan pengetahuan.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dengan komitmen kerajaan yang tidak berbelah bahagi untuk meletakkan pendidikan tinggi sebagai pemangkin pembangunan, beliau percaya Malaysia mempunyai beberapa kelebihan dan kekuatan yang akan membantu negara untuk muncul dan menjadi hab bakat kepada semua.
Justeru, kementerian menyasarkan untuk menarik dan memupuk minda dan individu berbakat dari seluruh dunia dan berfungsi sebagai pusat kecemerlangan untuk menjana, menyebarkan dan mengaplikasikan pengetahuan.
"Etos negara pada masa ini iaitu Malaysia MADANI adalah tentang mewujudkan nilai dan makna. Untuk itu, kami mengalu-alukan dan menjadi tuan rumah kepada semua bakat muda dan minda hebat dari seluruh dunia, dengan tangan terbuka," katanya semasa berucap pada majlis makan malam bagi membuka tirai Forum Presiden-Presiden Universiti UTM (UTM-UPF) 2023 di sini malam tadi.
Turut hadir Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Mohamed Khaled berkata Malaysia berhasrat menjadi tuan rumah kepada seramai mungkin bakat dan minda yang hebat untuk belajar dan berkongsi kepakaran serta pengalaman dengan banyak negara.
Sementara itu, beliau menggesa pemimpin universiti dari seluruh negara dan dunia menjalin perkongsian dan kerjasama menerusi UTM-UPF.
"Dengan memperjuangkan kerjasama global, anda secara proaktif memotivasikan komuniti akademik untuk mencari peluang antarabangsa, pengaruh anda melangkaui bidang akademik.
"Dengan mempamerkan kesan positif terhadap perkongsian rentas sempadan, anda dapat menyokong kerjasama dan diplomasi antarabangsa, mempromosikan dunia yang lebih saling berkaitan dan aman. Untuk itu, marilah kita memulakan perjalanan kerjasama yang lebih tegas dan strategik untuk memajukan pendidikan tinggi dan memacu kemajuan negara ke tahap baharu," katanya.
Forum UTM-UPF ke-13 dengan tema "Menginovasi Solusi: Melebar Horizon", dihadiri oleh 25 presiden institusi pendidikan tinggi dan 115 perwakilan dari 11 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
![KPT semak semula dasar berkaitan, sasar negara jadi hab bakat KPT semak semula dasar berkaitan, sasar negara jadi hab bakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691560528_KhaledNordin.jpg)
Mohamed Khaled Nordin menyampaikan ucapan pada Pelancaran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) University Presidents Forum 2023 di KSL Hotel & Resort Johor Bahru malam tadi. -Bernama
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
!['UMNO memang sakit, sedang dirawat' - Khaled Nordin 'UMNO memang sakit, sedang dirawat' - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720947822_TBUMNOSAKIT.jpg)
'UMNO memang sakit, sedang dirawat' - Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli di semua peringkat membantu memulihkan parti itu yang kini berada dalam fasa 'sakit' dan memerlukan rawatan.
![LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719218102_KhaledNordin.jpg)
LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.
![Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan didorong kerajaan - Mohamed Khaled Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan didorong kerajaan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan didorong kerajaan - Mohamed Khaled
Keputusan mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Parlimen Bersatu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak didorong oleh mana-mana pihak.
![Malaysia dijangka terima tiga kapal LMS dari Turkiye 2027 - Menteri Pertahanan Malaysia dijangka terima tiga kapal LMS dari Turkiye 2027 - Menteri Pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715236735_KhaledNordin.jpg)
Malaysia dijangka terima tiga kapal LMS dari Turkiye 2027 - Menteri Pertahanan
Perolehan ketiga-tiga kapal itu bermula pada Oktober dikuti November dan Disember tahun berkenaan.
![Parlimen bebas dari dipengaruhi kerajaan - Khaled Nordin Parlimen bebas dari dipengaruhi kerajaan - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713866416_KhaledNordin.jpg)
Parlimen bebas dari dipengaruhi kerajaan - Khaled Nordin
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat kekalkan enam Ahli Parlimen Bersatu bersifat peribadi.
![Parlimen: Format baharu PLKN 3.0 mula Jun 2025 Parlimen: Format baharu PLKN 3.0 mula Jun 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719219595_TBKhaledNordin.jpg)
Parlimen: Format baharu PLKN 3.0 mula Jun 2025
PLKN 3.0 terbahagi kepada Fasa Pra PLKN melibatkan pelajar tingkatan empat yang akan dilaksanakan di sekolah ketika kegiatan ko-kurikulum, dan Fasa PLKN Asas melibatkan remaja 17 tahun dan ke atas.
![Mohamed Khaled adakan lawatan rasmi ke Brunei, kukuh kerjasama pertahanan dua negara Mohamed Khaled adakan lawatan rasmi ke Brunei, kukuh kerjasama pertahanan dua negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720532097_MohamedKhaled.jpg)
Mohamed Khaled adakan lawatan rasmi ke Brunei, kukuh kerjasama pertahanan dua negara
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Lawatan kerja ke Turkiye capai matlamat, bermanfaat untuk negara - Mohamed Khaled Lawatan kerja ke Turkiye capai matlamat, bermanfaat untuk negara - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718312767_KhaledNordin.jpg)
Lawatan kerja ke Turkiye capai matlamat, bermanfaat untuk negara - Mohamed Khaled
Beliau berkata hasil lawatan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.
![MINDEF serah surat setuju terima pembelian tiga LMS batch kedua MINDEF serah surat setuju terima pembelian tiga LMS batch kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718072988_KhaledNordinmente.jpg)
MINDEF serah surat setuju terima pembelian tiga LMS batch kedua
Malaysia bakal menerima keseluruhan tiga Kapal Misi Pesisir (LMS) batch kedua pada akhir 2027.
![Syarikat luar perlu sedia bantu Malaysia bangunkan industri pertahanan - Mohamed Khaled Syarikat luar perlu sedia bantu Malaysia bangunkan industri pertahanan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717988437_tbKhaledNordinTu.jpg)
Syarikat luar perlu sedia bantu Malaysia bangunkan industri pertahanan - Mohamed Khaled
Sangat penting bagi Malaysia membina keupayaan dan kemampuan dalam industri pertahanan supaya tahap kebergantungan kepada negara luar bukan secara menyeluruh.