KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merancang membuka semula institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober tahun ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Noraini Ahmad berkata rancangan itu adalah melalui Pelan Pemulihan IPT (PEMULIH IPT) dan langkah tersebut selari dengan usaha membolehkan pelajar pulang ke IPT apabila kesemuanya lengkap divaksin seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan khas beliau pada 22 Ogos lepas.
Beliau berkata perkara itu juga telah dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara semalam.
"Bagi menjayakan agenda ini, petang tadi saya telah berjumpa dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bagi mencadangkan supaya pelajar dan kakitangan IPT diberikan keutamaan untuk mendapat vaksin di lokaliti masing-masing.
"Panjang lebar perbincangan kami petang tadi dan matlamat kami adalah sama untuk menyediakan komuniti kampus yang selamat menjelang Oktober nanti," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook malam ini.
Noraini berkata KPT mengunjurkan keperluan sebanyak 1.296 juta dos vaksin bagi 648,000 pelajar yang masih belum menerima vaksin dan KPT mencadangkan supaya pusat pemberian vaksin IPT dijadikan PPV khusus untuk pelajar serta kakitangannya.
Beliau berkata langkah itu bagi membolehkan program vaksinasi pelajar dilaksana secara besar-besaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Noraini berkata perkara itu juga telah dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara semalam. - Gambar fail/BERNAMA
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.
Lebih RM96 juta baucar buku ditebus setakat ini - Wong
Sejumlah RM96.7 juta peruntukan membabitkan pemberian baucar buku bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah sehingga peringkat IPT sudah ditebus setakat hari ini.
Pendidikan Malaysia berkembang dengan penekanan terhadap Industri 4.0
Perkembangan ini penting untuk menetapkan hala tuju masa depan IPT di negara ini dan menyelaraskannya dengan aspirasi negara.
PNB, ASNB bakal lancar inisiatif Celik Kewangan Belia MADANI - PM Anwar
Program itu dibiayai dengan dana awal RM50 juta yang dibahagikan sama rata antara PNB, syarikat korporat dan kerajaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi teliti kursus pengajian IPT agar tidak bertindih
Ia akan dibincangkan segera termasuk dalam mesyuarat pasca kabinet, supaya dapat menangani isu kekurangan pelajar dan bebanan kos.
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.