MUAR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meletakkan indeks prestasi utama (KPI) kepada universiti yang mengadakan kerjasama dengan Technology Depository Agency (TDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan, dalam usaha pembangunan makmal bagi tujuan penyelidikan.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata KPI berkenaan adalah bertujuan memastikan pihak kementerian mengetahui hasil penyelidikan yang dibuat oleh universiti terlibat sebelum dikembangkan secara menyeluruh.
Beliau berkata antara universiti awam yang memiliki makmal di bawah kerjasama dengan TDA ini adalah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Bagi pihak kementerian, kami mengharapkan supaya universiti ini betul-betul memanfaatkan kerjasama berkenaan, sebab ini akan membantu meningkatkan kapasiti dan kekuatan untuk melakukan penyelidikan.
"Universiti terlibat seterusnya merangka, merancang pengetahuan yang boleh dikembangkan," katanya kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara KPT dan TDA di UTHM Pagoh, di sini pada Selasa.
Mohamed Khaled berkata MoU yang ditandatangani pada hari ini, UTHM menerima manfaat daripada TDA apabila dua makmal di universiti berkenaan mendapat kerjasama pemindahan teknologi dan kepakaran, melibatkan pembangunan perkakasan peranti, perisian serta pemindahan teknologi dan pengetahuan dalam bidang keselamatan siber dan sektor rel.
"Makmal EDEN misalnya, akan memberi penekanan kepada pemindahan kepakaran dalam sektor rel khususnya untuk mengadaptasi real operation environment bagi projek MRT Laluan Putrajaya," kata beliau.
Tambah beliau kedua-dua inisiatif itu dianggarkan melibatkan pelaburan RM52.27 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Mohamed Khaled (tiga, kiri) hadir pada majlis perasmian selepas majlis menandatangani MoU antara KPT dan TDA di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kampus cawangan Pagoh di Muar, 29 Ogos 2023. -- fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KPT letakkan KPI bagi universiti yang bekerjasama dengan TDA
KPI berkenaan bertujuan memastikan kementerian mengetahui hasil penyelidikan universiti sebelum ia dikembangkan secara menyeluruh.