KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menegaskan bahawa Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya (OKU) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diamalkan dan tiada sebarang sekatan terhadap golongan itu seperti yang didakwa beberapa pihak.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT, Prof Datuk Dr Husaini Omar berkata kementerian juga telah memperluaskan peluang pendidikan dengan mewujudkan laluan khas kepada golongan B40, OKU, Orang Asli dan atlet untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di peringkat sijil, diploma, asasi dan ijazah sarjana muda.
"Golongan ini hanya perlu melepasi syarat am dan syarat khas program seperti ditetapkan oleh universiti yang dipilih," katanya dalam kenyataan bagi menjawab dakwaan bahawa seorang calon OKU telah dinafikan peluang untuk mengambil kursus yang dipohon melalui saluran UPUOnline.
Husaini berkata semakan Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) mendapati pemohon tersebut merupakan calon daripada Kategori B iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dan memohon untuk ke Program ASASIpintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi akademik 2021/2022.
"Calon tersebut tidak melepasi syarat kelayakan minimum kemasukan program tersebut. Syarat minimum kemasukan ke program ASASIpintar UKM memerlukan calon mendapat 7A- dalam subjek tertentu termasuklah Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
"Bagaimanapun, calon ini masih lagi dibenarkan membuat kemas kini yang masih dibuka sehingga 2 Julai 2021," katanya yang turut memaklumkan bahawa calon tersebut sebelum ini telah menolak tawaran program Diploma Teknologi Makmal Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi sesi akademik 2020/2021.
Husaini berkata usaha meningkatkan akses pendidikan bagi B40, OKU, Orang Asli dan atlet, adalah untuk memastikan ekuiti di peringkat pengajian tinggi dengan memberi peluang kepada setiap pelajar mencapai potensi diri sepenuhnya.
Beliau berkata peluang itu tanpa mengira lokasi, bangsa, jantina atau latar belakang sosioekonomi seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Pendidikan Tinggi.
Husaini berkata semua data berkaitan laluan khas untuk golongan berkenaan adalah dengan kerjasama strategik pelbagai pihak bagi perkongsian data iaitu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk data OKU dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk Orang Asli.
Selain itu, Bahagian Sukan Kokurikulum Dan Kesenian, KPT untuk data atlet sukan dan seterusnya data e-KASIH dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri untuk data B40.
Beliau berkata KPT melalui Bahagian Kemasukan Pelajar (BKPA) menyokong sepenuhnya Teras Strategik 3 (Meningkatkan akses OKU kepada Pendidikan) yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (PTOKU) 2016-2022.
"Pemohon OKU yang berdaftar dengan JKM yang mengemukakan permohonan melalui UPUOnline akan dipertimbangkan bagi kemasukan tanpa merit tertakluk memenuhi syarat am dan minimum syarat khas yang ditetapkan mengikut program pengajian yang dipohon," katanya.
Husaini berkata penawaran program kepada golongan OKU ini adalah melalui persetujuan bersama agensi atau institusi dengan mengambil kira kesediaan prasarana mesra OKU institusi itu sendiri.
Katanya, ia bagi memastikan golongan OKU dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan selesa dan penawaran program pengajian juga perlu mengambil kira pencapaian akademik pelajar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

KPT menegaskan bahawa Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diamalkan.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.

Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.

Transformasi mahasiswa daripada pencari kepada pencipta kerja antara fokus KPT
Usaha mentransformasikan mahasiswa daripada seorang pencari pekerjaan kepada pencipta pekerjaan selepas menamatkan pengajian menjadi fokus KPT dalam PPPM 2025-2035 yang sedang dirangka.

Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.

UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT
Pelantikan kedua-dua individu ini berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang akademik dan pengurusan universiti.

UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT
Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut.

Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.

Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang.

KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.

KPT hasrat sedia lebih penajaan program sub kepakaran, sabatikal kepada pensyarah UA
KPT kini sedang menyemak semula kemudahan penawaran dan syarat kelayakan baharu untuk program pascakedoktoran dan tidak terhad kepada pensyarah berjawatan tetap sahaja.