KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menunggu laporan penuh siasatan berhubung tindakan seorang guru besar dipercayai menampar murid Tahun Lima di sebuah sekolah di sini pada Mac lalu.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sudah menjalankan kerjasama erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pihak berkuasa dalam kes tersebut.
"Kebiasaannya, tindakan akan diambil oleh pihak kementerian selepas prosedur siasatan kes selesai.
“Saya ambil maklum berkenaan kes itu (kes murid ditampar guru besar). Kita sedang tunggu siasatan dan laporan," katanya semasa sidang akhbar pada Majlis Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.
Menurutnya, negara mempunyai hukum dan prosesnya mesti berlaku maka beri ruang untuk siasatan serta laporan dilakukan sehingga ke tindakan sewajarnya.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kes seorang murid perempuan Tahun Lima trauma untuk ke sekolah selepas ditampar oleh guru besar di hadapan murid-murid lain di dalam dewan sebuah sekolah.
Berikutan kejadian itu, kanak-kanak terbabit masih takut untuk ke sekolah sehingga hari ini dan sering memberi alasan tersebut untuk tidak hadir ke sekolah.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Nilam Puri di sini pada 30 Mac lalu sebelum dipanggil oleh pihak sekolah untuk mengadakan perbincangan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 20 2023
Fadhlina berkata, pihaknya sudah menjalankan kerjasama erat dengan JPN dan pihak berkuasa dalam kes tersebut. - Gambar fail/Bernama
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Garis Panduan PEERS KPM tingkatkan kesedaran kesihatan reproduktif masyarakat - Fadhlina
Ia dapat meningkatkan tahap kesedaran kesihatan reproduktif dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar sekolah.
KPM siasat pelajar Thailand rentas Sungai Golok bersekolah di Malaysia
KPM menyiasat laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Program MyLesen B2 langkah lahirkan penunggang motosikal kompeten, celik undang-undang
Di bawah program ini, golongan belia dan B40 berpeluang dapat lesen B2 secara percuma dan kerajaan menyasarkan 35,000 penerima tahun ini.
KPM siapkan panduan pengurusan bencana banjir hadapi Monsun Timur Laut
KPM memandang serius kebajikan dan keselamatan seluruh warga institusi pendidikan, dan telah melakukan persiapan awal mendepani banjir susulan MTL yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.
KPM perkenal kurikulum baharu prasekolah pada 2026
Semua guru prasekolah akan dipastikan mempunyai tahap pendidikan tertinggi peringkat ijazah untuk memastikan pendidikan yang lebih holistik.
Aduan kes buli ditangani mengikut SOP, garis panduan ditetapkan - Fadhlina
Fadhlina yakin melalui pendekatan itu, kes buli akan dapat ditangani dengan lebih berkesan khususnya apabila turut melibatkan pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan komuniti.
KPM setuju pengambilan guru baharu dipecah mengikut tiga wilayah
Pengambilan guru baharu dipecahkan mengikut tiga wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
UPSR, PT3 tidak lagi relevan, KPM terus perkasa PBS - Fadhlina
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lagi relevan untuk dilaksanakan dalam pentaksiran pendidikan murid sekolah, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
KPM laksana intervensi semua segmen bagi tingkat penglibatan murid dalam STEM - Fadhlina
Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan intervensi di peringkat semua segmen bagi meningkatkan penglibatan murid dalam STEM.
Cikgu Din dibenar pindah sementara ke Kelantan, jaga isteri sakit kanser - Fadhlina
KPM telah mengeluarkan arahan penempatan sementara buat guru, Izzuddin Izhar atau dikenali sebagai Cikgu Din, dari Sarawak ke Kelantan supaya dia dapat menjaga isterinya yang menghidap kanser.