KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk meningkatkan akses sistem sokongan kesihatan mental kepada guru di seluruh sekolah.
Menurut menterinya Fadhlina Sidek, KPM mengenal pasti pelbagai perkara yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental warga pendidik itu termasuk guru duka lara, beban kerja, dan tekanan lain.
"Apabila saya memasuki KPM, isu kesihatan mental guru terus diperkasa dan akses mendapatkan bantuan ini sangat penting tidak kira di mana pun ia menjadi keutamaan untuk diwujudkan.
"Kedua, ia tidak boleh bersifat kepada guru sahaja, murid-murid juga perlukan sokongan dan ini membawa kepada perkara ketiga yang sedang kita laksanakan iaitu memastikan penglibatan guru-guru bimbingan di mana mereka harus terus meningkat kepada guru kaunseling sekali gus meningkatkan profesionalisme dalam menguruskan isu-isu kesihatan mental secara fokus.
"Selain itu, kita mempunyai banyak program seperti kunjung bantu, kunjung lawat, kunjung kaunseling dan ini semua akan memastikan ekosistem berdasarkan data memastikan guru-guru berada dalam keadaan kesihatan mental yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Astro AWANI dalam Program 100 Hari Kerajaan Perpaduan, pada Rabu.
Bagaimanapun, menurut Fadhlina, untuk mewujudkan akses ekosistem kesihatan mental guru yang terjamin, kesemua kementerian perlu memainkan peranan dalam memperkasakannya.
"Saya fikir ini satu pendekatan yang semua kementerian perlu buat dan bukan KPM saja untuk ekosistem itu.
"Peringkat sekolah sekurang-kurangnya kita sedang menuju ke arah itu selari dengan slogan 'murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera'," ujarnya.
Afiezy Azaman
Wed Mar 08 2023

Fadhlina berkata KPM mengenal pasti pelbagai perkara yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental warga pendidik itu termasuk guru duka lara, beban kerja, dan tekanan lain. -Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.

KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.

Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.

Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.

KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.