SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan akan terus membantu pelajar yang tercicir akibat kemiskinan multidimensi, dalam memastikan kesenjangan murid dapat diatasi sekali gus memperbaiki pencapaian murid Malaysia dalam laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), akan datang.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, melalui gerak kerja dan usaha yang dilakukan kementerian itu sejak setahun lalu, mereka telah berjaya menghasilkan beberapa kisah yang berjaya dan berharap semua pihak akan terus berada dalam jalur gerak kerja yang sama, untuk memperkukuh kualiti pendidikan negara.
Beliau berkata, antara penyumbang yang dikenal pasti kepada penurunan pencapaian itu, termasuklah penutupan sekolah dalam tempoh yang panjang akibat pandemik COVID-19 dan kemiskinan multidimensi seperti miskin peranti, akses internet ruang dan peluang untuk pendidikan.
"Semua masalah itu telah kita tangani dan akan terus kita tangani, dengan apa kita telah lakukan termasuk apabila kita luncurkan Dasar Pendidikan Digital ini, juga sebahagian yang mahu kita pertingkatkan dalam konteks PISA akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor dengan KPM, di sini, pada Selasa.
Fadhlina berkata, usaha itu juga, merangkumi program pengukuhan literasi dan numerasi yang menjadi sebahagian gerak kerja KPM, sepanjang setahun ini.
Pencapaian Malaysia dalam PISA 2022 yang diumumkan minggu lalu, menunjukkan penurunan bagi tiga literasi yang ditaksir iaitu bacaan, matematik dan saintifik, berbanding skor yang diperoleh pada 2018.
Sementara itu, mengenai rungutan dalam kalangan ibu bapa berkenaan penganjuran hari graduasi sekolah yang diadakan di hotel dan melibatkan perbelanjaan yang mewah, Fadhlina berharap perbincangan diadakan di antara ibu bapa dan pihak sekolah, termasuk melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
"Mesti kena ada perbincangan yang dipersetujui secara bersama di antara ibu bapa dan sekolah, di mana program itu diadakan mengikut kemampuan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika menghadiri Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Selasa. - Foto BERNAMA
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Eropah tingkatkan sokongan ketenteraan untuk Ukraine
Negara-negara Eropah akan meningkatkan sokongan ketenteraan kepada Ukraine, menurut Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius, selepas mesyuarat bersama rakan sejawatannya dari Britain, Perancis, Itali, dan Poland.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Isu kehamilan remaja: KPM guna modul PEERS dalam kurikulum persekolahan 2027
KPM akan menggunakan modul PEERS dalam Kurikulum Persekolahan 2027 bagi menangani isu kehamilan melibatkan remaja yang semakin meningkat di negara ini.
KPM beri guru, sekolah autonomi laksana ujian akhir sesi akademik 2024/2025
Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan autonomi kepada guru dan sekolah dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik bagi sesi 2024/2025.
Belanjawan 2025: KPM harap pemantapan ekosistem pendidikan diberi keutamaan
Fadhlina berkata KPM turut meminta kerajaan memperkenalkan lebih banyak inisiatif bagi memperkasakan sistem pendidikan negara.
Lebih 83,000 pelajar bakal terima manfaat Program Anak Kita - Fadhlina
Program itu merupakan salah satu keutamaan kerajaan, dengan fokus kepada Reformasi Pendidikan.
Semua pihak perlu kerjasama atasi masalah keciciran pelajar - PM Anwar
Sektor swasta dan masyarakat sivil perlu bergabung tenaga, memberi sokongan sebaiknya termasuk dalam aspek teknologi maklumat.
Program Intervensi Tahun 1 selama tiga bulan pastikan murid kuasai 3M - KP Pendidikan
Program tersebut berlangsung selama tiga bulan sebelum murid dibenarkan kembali ke kelas perdana.
KPM, MoF laksana program 'Anak Kita' atasi isu keciciran pembelajaran
Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan (MoF) hari ini mengumumkan kerjasama bagi melaksanakan program 'Anak Kita' sebagai usaha menangani masalah keciciran pembelajaran.
Sesi persekolahan bagi sekolah terjejas banjir, jadi PPS akan ditentukan KPM - PM Anwar
KPM akan mempertimbang untuk memberi kelonggaran kepada sekolah yang terlibat, termasuk cuti tambahan kepada pelajar dan murid.
KPM setuju 10 tuntutan dikemukakan kerajaan Sarawak bagi perkukuh pendidikan
KPM bersetuju sepenuhnya dengan 10 tuntutan dikemukakan kerajaan negeri Sarawak menerusi Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan dalam usaha memperkukuhkan pendidikan di Sarawak.
Malaysia umum pencalonan kerusi lembaga eksekutif UNESCO
Malaysia bersedia bersaing untuk mendapatkan kedudukan dalam Lembaga Eksekutif UNESCO.