BUTTERWORTH: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian murid trauma dan terganggu emosi kerana digigit seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Pantai Timur, yang turut tular di media sosial sejak semalam.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti berlaku.
"KPM sudah mengenal pasti hantaran yang dimuat naik (di Facebook) mendakwa kejadian itu, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan KPM memandang serius perkara ini dan dalam masa sama kami menjalankan siasatan lanjut.. jika ada kes seperti itu tindakan sewajarnya tentu akan diambil," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya di sini.
Turut hadir Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng.
Dalam hantaran itu, ibu murid lelaki tersebut pada mulanya beranggapan bahawa anaknya menjadi mangsa buli sehingga akhirnya terbongkar kisah bahawa anaknya digigit seorang guru hingga takut untuk ke sekolah.
Dakwa wanita itu bukan anak lelakinya sahaja menjadi mangsa tetapi kejadian itu turut berlaku terhadap beberapa murid lain apabila guru berkenaan menggigit bahagian seperti mulut, tangan dan telinga.
Sementara itu, beliau berkata KPM juga tidak berkompromi terhadap dakwaan berlaku elemen buli ke atas seorang pelajar lelaki yang mencekik adiknya sehingga mati dalam kejadian di Melaka, baru-baru ini.
Katanya kes itu dalam siasatan polis dan pihaknya turut menjalankan siasatan sewajarnya terhadap dakwaan buli itu.
Terdahulu, beliau mengumumkan KPM meluluskan peruntukan RM500,000 untuk menaik taraf dan menyelenggara SMK Bagan Jaya, manakala Guan Eng menyumbang sebanyak RM200,000 menerusi peruntukan ahli Parlimen bagi membaiki tandas dan memasang penghawa dingin untuk bilik guru.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Lim Hui Ying berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti berlaku. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Murid digigit guru kurang selera makan, emosi tidak stabil
Kanak-kanak yang berusia enam tahun itu juga sering mengamuk, berguling-guling serta merasa takut dan tidak mahu ke sekolah.

KPM siasat dakwaan murid digigit guru
Kementerian Pendidikan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian murid trauma dan terganggu emosi kerana digigit seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Pantai Timur.