Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia bekerjasama dengan semua pihak di Sabah dalam aspek pendidikan termasuk projek naik taraf sekolah daif, kata Menterinya Dr Radzi Jidin.
Beliau berkata keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan pelajar, guru dan warga sekolah serta suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa.
"Yang penting kita (kerajaan) dapat pastikan mereka (pelajar) dapat ke sekolah," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kerjasama KPM dengan kerajaan negeri Sabah melibatkan aspek pendidikan terutamanya projek naik taraf sekolah daif di negeri itu.
Katanya pihak kementerian akan meneliti kaedah terbaik bagi memastikan keadaan semua sekolah di setiap negeri selamat untuk semua.
Radzi berkata dalam lawatan kerjanya di sini hari ini, beliau turut meninjau keadaan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan.
Menteri Kanan Pendidikan itu baru-baru ini berkata KPM memperuntukkan sebanyak RM1.252 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) (2016-2020) bagi menaik taraf dan membangunkan semula bangunan sekolah yang daif di seluruh Sabah.
Katanya peruntukan dalam RMK11 itu adalah untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di 237 sekolah di Sabah manakala baki bangunan daif lain akan dinaik taraf di bawah RMK12 tertakluk kepada keupayaan kewangan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 18 2020
Mohd Radzi (dua, kanan) meninjau keadaan bilik darjah Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu semasa melakukan lawatan kerjanya di sini pada Sabtu. -BERNAMA
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
Jangan jadikan anak murid sebagai bahan uji kaji, rombak semula peperiksaan - Zahid
Dasar pendidikan yang memansuhkan peperiksaan di tahun enam dan tingkatan tiga perlu dirombak dan disemak semula.
KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan
Kementerian Pendidikan sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
KPM setuju 10 tuntutan dikemukakan kerajaan Sarawak bagi perkukuh pendidikan
KPM bersetuju sepenuhnya dengan 10 tuntutan dikemukakan kerajaan negeri Sarawak menerusi Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan dalam usaha memperkukuhkan pendidikan di Sarawak.
Cikgu Sabrina kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua - Fadhlina
Guru kematian anak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama pada Jumaat lepas, akan kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini.
KPM pantau keadaan susulan pencemaran bau kimia di Johor Bahru
KPM terus memantau keadaan di beberapa sekolah berhampiran dengan kawasan terlibat dalam kejadian pencemaran bau kimia di Johor Bahru.
122,062 murid Tahun Satu ikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi
Seramai 122,062 murid Tahun Satu di seluruh negara ini dipilih mengikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi bermula bulan lepas.
Misi KPM tingkat akses pendidikan di Sarawak
Program Tindak Susul Parlimen di Sibu, Daro dan Mukah membuktikan komitmen Kementerian Pendidikan tangani isu akses pendidikan di Sarawak.
PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Perdana Menteri mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
KPM tambah 11 lagi sekolah K9 atasi keciciran pelajar di kawasan pedalaman
Kementerian Pendidikan akan menambah 11 lagi Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9), bagi mengatasi masalah keciciran pelajar di pedalaman.
Program TVET akan ditawarkan kepada pelajar luar negara - Ahmad Zahid
TVET kini menjadi asas kepada ekosistem pendidikan baharu dan disebabkan itu, kerajaan bersedia untuk menawarkan latihan di 1,345 institusi TVET di seluruh negara.