ARAU: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan semua pelajar dapat menguasai tahap minimum yang ditetapkan sebelum mereka meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya apabila sesi persekolahan tahun ini tamat.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata perkara itu antara yang dibincangkan pihaknya dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari seluruh Perlis hari ini.
"Kita bincang bagaimana nak pastikan murid dapat habiskan kurikulum dalam tempoh yang ditetapkan. Contohnya murid Tahun Satu bersedia untuk ke Tahun Dua," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin bersama PIBG seluruh Perlis di Dewan Sivik hari ini.
Menurutnya KPM akan terus menganjurkan program seumpama dengan semua komponen penting dalam ekosistem pendidikan negara bagi berkongsi cabaran yang dihadapi kementerian sepanjang setahun lepas, di samping memberi penjelasan dan berkongsi pandangan mengenai isu semasa.
Sementara itu, Pengerusi Penggerak Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Negeri Perlis (PIBKs) Prof. Madya Dr Abdul Jalil Ramli mencadangkan agar satu modul khusus diwujudkan oleh KPM bagi membantu ibu bapa memastikan anak mereka dapat menamatkan kurikulum.
"Jika kita lihat, akibat COVID-19 murid Tahun Satu mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka dalam tempoh tiga bulan sahaja dan ada antara mereka yang terus masuk ke Tahun Dua dalam keadaan tidak dapat menguasai kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira," katanya.
Modul tersebut katanya akan membantu ibu bapa mengajar anak mereka di rumah, dengan keutamaan ialah kepada murid Tahun Satu dan Dua bagi mengelak wujudnya jurang yang luas dari segi penguasaan kemahiran 3M.
Menurutnya kebanyakan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M ialah mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan kerana ketiadaan kemudahan Internet dan peranti bagi membolehkan mereka mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika persekolahan berlangsung secara dalam talian sebelum ini.
--BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata perkara itu antara yang dibincangkan pihaknya dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari seluruh Perlis hari ini. - Gambar fail
Kekejaman zionis: Biden gesa gencatan senjata kepada Netanyahu - White House
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad, menurut kenyataan White House.
2 maut, bot laju berlanggar bot pelancong di perairan Balimbang,
Dua lelaki warga asing maut selepas bot laju mereka berlanggar dengan bot pelancong di perairan Balimbang. Polis siasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib Nurmagomedov membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan di barisan keluar.
Fenomena air pasang besar luar biasa resahkan penduduk Terengganu
Air pasang besar luar biasa landa perairan Terengganu, jejas 20 keluarga. Dua pusat pemindahan dibuka bagi mangsa terkesan. Penduduk gusar akibat ombak mengganas.
PM tiba di UAE bawa misi ekonomi Malaysia, ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan rasmi atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi pada pukul 9.00 malam Ahad waktu tempatan.
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi pada pukul 9.00 malam Ahad waktu tempatan.
8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Malaysia yang karam di perairan Singapura
MPA mengarahkan kapal Intan Daya 368 untuk membantu selepas ia dimaklumkan mengenai panggilan kecemasan Silver Sincere kira-kira 3.40 petang Ahad.
Dua maut bot berlanggar di Semporna
Kedua-dua mangsa warga asing disahkan meninggal dunia selepas terhumban ke laut sebelum ditemui lemas oleh orang awam.
Guardiola sahkan Walker dibenar tinggalkan Man City, hijrah luar negara
Pep Guardiola mengesahkan bahawa pemain pertahanan veteran England, Kyle Walker, telah meminta untuk berhijrah ke luar negara.
Jerman komited tambah bantuan kemanusiaan AS$51 juta untuk Syria
Dana itu akan disalurkan kepada WFP dan pelbagai NGO untuk sediakan makanan, tempat perlindungan, serta penjagaan perubatan.
ASEAN25: Meja bulat ASEAN-BRICS perkukuh kerjasama kalangan pasaran pesat membangun
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh mencadangkan satu perbincangan meja bulat antara Asia Tenggara dengan negara BRICS untuk meneroka koridor perdagangan baharu.
Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.
GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
MoF bekerjasama dengan KPM salur bantuan percepat operasi sekolah terjejas banjir
MoF akan bekerjasama dengan KPM untuk menyalurkan bantuan segera bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir.
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina
Seramai 122,062 murid Tahun Satu iaitu 27.24 peratus, dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) selepas tiga bulan memasuki sesi akademik 2024/2025.
Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus
Tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peralihan monsun yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri pada hujung tahun.