Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ia hasil saringan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid.
Jelas Fahlina, murid berkenaan mengikuti Program Intervensi Tahun Satu Fasa Satu dan diberi bimbingan secara berfokus melalui pendekatan pengajaran yang lebih intensif dari Julai hingga September lalu.
Berdasarkan analisis data yang berakhir pada 30 Oktober lalu, seramai 48,308 murid atau 39.58 peratus berjaya menguasai kemahiran asas 3M.
"Murid ini kembali mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kelas biasa, manakala 73,754 murid atau 60.42 peratus yang belum mencapai tahap penguasaan meneruskan intervensi untuk Fasa Dua bagi tempoh tiga bulan sehingga Disember.
"Bagi murid yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M selepas menjalani intervensi Fasa Dua, mereka akan dicalonkan untuk mengikuti intervensi dalam Program Pemulihan Khas dilaksanakan guru pemulihan apabila di Tahun Dua.
"Ini meliputi bimbingan secara intensif untuk memastikan mereka mendapat perhatian sewajarnya hingga mampu mencapai tahap literasi dan numerasi," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai status semasa pelaksanaan Intervensi Kurikulum Murid Tahap Satu bagi menangani isu keciciran pembelajaran.