GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) telah memohon penangguhan pengosongan bangunan dan tapak Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Butterworth sehingga Mac 2022 serta membuat ketetapan untuk menyuraikan murid dan guru ke sekolah berhampiran.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan itu diambil berdasarkan trend enrolmen murid yang menurun dari setahun ke setahun, yang mana pada masa ini, sekolah tersebut beroperasi dengan enrolmen murid 53 orang.
Menurut KPM, terdapat sekolah berdekatan yang dapat menampung murid dari SK Assumption dalam jarak antara 0.35km hingga 5.8km iaitu SK Kuala Perai, Butterworth; SK Sungai Nyior; SK St Mark, Butterworth; SK Khir Johari; dan SK St Mark, Perai.
BACA: Selepas hampir 90 tahun beroperasi, SK Assumption akan ditutup 28 Februari
Kementerian itu berkata penyuraian ini dapat meningkatkan kecekapan penggunaan sumber melalui agihan semula 15 orang guru dan dua orang Anggota Kumpulan Pelaksana ke sekolah lain.
"Mengambil kira sesi persekolahan sedang berlangsung, KPM telah memohon penangguhan pengosongan bangunan dan tapak sekolah sehingga tamat Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 pada bulan Mac 2022.
"KPM akan membantu memudah cara urusan kemasukan murid ke sekolah baharu pilihan ibu bapa bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023," katanya.
SK Assumption adalah sekolah bantuan kerajaan yang beroperasi di bangunan dan tapak sekolah dimiliki oleh Syarikat Sri Avenue Sdn Bhd sejak 2008, bagaimanapun, pada 3 Nov lepas, syarikat tersebut memohon supaya KPM mengosongkan bangunan dan tapak sekolah tersebut secepat mungkin kerana syarikat telah menerima tawaran pembelian daripada pihak ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022

KPM memaklumkan ketetapan itu diambil berdasarkan trend enrolmen murid yang menurun dari setahun ke setahun, yang mana pada masa ini, sekolah tersebut beroperasi dengan enrolmen murid 53 orang. - Gambar/ Astro AWANI
AWANI Tonight: 2,245 doctors' placement delayed due to technical issues
The Health Ministry has postponed the placement selection for 2,245 permanent medical officers due to technical issues with the e-placement system.
AWANI Ringkas: Pemerdagangan Orang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Orang tengah kaut untung sehingga RM750 jual slot tempahan janji temu Puspakom
Mahmood Razak Bahman mendedahkan terdapat orang tengah atau runner mengaut keuntungan hingga RM750 dengan menjual satu slot tempahan janji temu kepada pihak ketiga.
AWANI 7:45 [17/3/2025] – Bukan politik Sempit| jarang berlaku tidak lambai media| Kes miliki dadah
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Dzulfitri Yusof
1. Had 10 tahun tempoh jawatan PM, beri ruang nafas baharu kepimpinan negara
2. Hari ke tiga, enam jam Ismail Sabri beri keterangan, bersambung esok
3. SPRM tangkap SPRM, dua penguatkuasa dipercayai terima rasuah
4. Sanggup bayar RM320 sebulan, dijadikan port tak puasa
1. Had 10 tahun tempoh jawatan PM, beri ruang nafas baharu kepimpinan negara
2. Hari ke tiga, enam jam Ismail Sabri beri keterangan, bersambung esok
3. SPRM tangkap SPRM, dua penguatkuasa dipercayai terima rasuah
4. Sanggup bayar RM320 sebulan, dijadikan port tak puasa

Fahmi kekal Ketua Cabang PKR Lembah Pantai
Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang PKR Lembah Pantai, selepas jawatan itu tidak dicabar pada pemilihan parti berkenaan April ini.

Masih ada peniaga bazar Ramadan tidak letak tanda harga
Masih terdapat segelintir peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar ibu negara yang culas untuk meletakkan tanda harga pada barang jualan.

Sapura Energy: Belum dihubungi SPRM berhubung siasatan
Sapura Energy Bhd (SEB) berkata ia belum dihubungi oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya terhadap penyalahgunaan dana yang melibatkan syarikat itu.

1MDB: SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilion
Jumlah pemulihan aset 1MDB keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah RM29,752,034,475.13, iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 bilion yang dipercayai diselewengkan.
#AWANIRingkas 17 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 Mac 2025
1️⃣ Tujuh rakyat Malaysia diselamatkan adalah ejen, mangsa
2️⃣ Bayar RM320 jadikan 'port' tak puasa sebulan
3️⃣ Pasukan petugas ditubuh manfaatkan peluang RTS Link
#awaniringkas
1️⃣ Tujuh rakyat Malaysia diselamatkan adalah ejen, mangsa
2️⃣ Bayar RM320 jadikan 'port' tak puasa sebulan
3️⃣ Pasukan petugas ditubuh manfaatkan peluang RTS Link
#awaniringkas

SPNB mohon peruntukan tambahan bina lebih banyak RMR seluruh negara
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan lebih banyak Rumah Mesra Rakyat (RMR) dibina di seluruh negara pada masa depan.

KPM mohon tangguh pengosongan bangunan SK Assumption
KPM memaklumkan ketetapan itu diambil berdasarkan trend enrolmen murid yang menurun dari setahun ke setahun, yang mana pada masa ini, sekolah tersebut beroperasi dengan enrolmen murid 53 orang.

Waris SK Assumption mohon tempoh setahun lagi
Sekolah tersebut sepatutnya dipelihara warisannya berikutan hampir 90 tahun beroperasi.

Selepas hampir 90 tahun beroperasi, SK Assumption akan ditutup 28 Februari
Penutupan sekolah yang diasaskan mubaligh pada 1933 dibuat berikutan pemilik tanah sekolah berkenaan meminta dikembalikan semula secepat mungkin.